21 September 2013

Mengidam??

Saya ni kan tak habis2 dgn mengidam. Kalah perempuan mengandung. Lately nafsu makan macam saka. Walau diri dah rasa macam belon sekarang ni mesti ade je benda nak mengunyah. Tak boleh jadi ni. I gotta do something!

Oh hari ni CD42. Cik Red Flag masih malu2 kucing. UPT? Takut nak buat. Takut hampa kuciwa hancur luluh hati ai nnt. Uhuk!

Hari tu (tak ingat hari apa) saya pegi Souka TTDI. Gigih sangat ke sana nak beli kek sedap. Rainbow cake terus dirembat. Sedap oh! 

Then semalam nampak akak buat tart nenas kat ofis yang sedap lemak manis tu ade letak tart2 nenas dia kat mini mart office. Apa lagi rembat la sebotol kecik yang RM10 punya. Letak kat insta trus dapat order dari Kekda. Hehe. Zasss malam tu hantar terus. 

Semalam dah bantai sikit kat ofis. Harini habis sebalang. Hubster merajuk. Sebab satu pon tak bagi dia rasa. Bini mithali sangat! Botol kecik je pon (ayat nak sedapkan hati). Sebenarnya rasa bersalah kat diri sendiri sebab makan benda2 tak berkhasiat dan menggemokkan. Tsk tsk *Gelengkepala*

This week nekad nak diet. Oh please lah. Sekarang pegi keje pakai baju kurung je tau. Sebab tu je yang muat sekarang ni. Baju2 lain semua sendat. Oh noo.... Nangis tepi katil sorang2. Sobsobsob.

Next week baru nak start set slimming from Shaklee. Harap program diet saya berjaya. Chaiyok!!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...