20 November 2014

Nazar

Assalamualaikum lovelies :)

Tetiba macam teringat nak citer pasal nazar. 

Dulu masa sebelum pregnant, pernah saya keluarkan hasrat pada Hubster nak bagi anak yatim pulut kuning kalau Allah bagi saya rezeki anak. So, technically that hasrat constitutes nazar lah kan?

Lama dah saya buat nazar tu. Months and months before I was pregnant. Sampai dah lupa.

Satu hari tu while I was in the car with Hubster, Allah nak bagi saya petunjuk. Ada bas rumah anak-anak yatim kat sebelah kami. Terus saya teringat yang saya pernah bernazar nak bagi anak-anak yatim makan pulut kuning tu. Tak silap saya masa tu I was about 3-4 months pregnant. Punyalah pelupa.

Balik rumah terus call Mama bagitau pasal nazar saya. Mama cakap boleh je bagi kat anak yatim mana-mana pon and tak semestinya saya kena bagi sendiri. Asalkan bagi anak-anak yatim and tunaikan nazar saya tu.  Mula-mula saya nak buat sendiri kat KL ni tapi mcm taktau mcm mana nak proceed. So saya mintak tolong my eldest sister, Kak Long to arrange for packed pulut kuning. Nasib baik dia ramai contact kat KB sana. 

Alhamdulillah nazar saya tertunai jua. Mama and Kak Long tolong saya pergi distribute sendiri ke rumah anak-anak yatim. 

Rasa macam lega sangat lepas tunaikan nazar. Bayar hutang pon tak rasa lega macam ni. 

Maha Suci Allah bagi saya petunjuk haritu. Syukur Allah masih ingatkan saya. 

Harapan saya semoga perjalanan kandungan saya diredhai Allah dan dipermudahkan segalanya. Insya Allah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...