23 October 2013

Finale

Assalamualaikum
 
Harini adalah hari terakhir appointment dengan Dr.Adilah untuk cycle kali ini. Pagi tadi Doc buat TVS tengok telur belah kanan dah mengecut dan dalam fasal Corpus Luteum. Dinding rahim dah menebal cantik. Doc quite happy untuk perkembangan saya kali ini. Saya pon tersangat2 happy.
 
Doc tanya lagi. Bersama ke malam tadi? Haha. Malu-malu kucing ai olls nak menjawab. Doc senyum je. Doc advised untuk bersama sekali lagi malam ni. Doc prescribed Duphaston untuk kuatkan rahim sebab saya as PCOS patient memang very prone to keguguran. Start makan 27/10 until 9/11 untuk 2 weeks. On 10/11 Doc suh buat UPT. Kalau negative, Doc suh tunggu period and come for another checkup during CD2 or CD3 untuk next cycle treatment.
 
Hopefully ade rezeki untuk saya bulan ini. Doakan saya juga ye kawan2 :)

Notakaki : Keputusan sugar level saya pon memuaskan. Sebelum MGTT bacaan 4.4, selepas 3 hours bacaan 3.2. Doc kata rendah la plak. Maybe sebab saya amik 1 jam lambat kot. Tapi apa2 pon syukur saya takde kencing manis :)

21 October 2013

CD23

Assalamualaikum.

Bersiaran secara langsung dari Jabatan Imigresen Malaysia. Gila lama nak tunggu giliran. Janji 1 jam siap tapi ni dah masuk 2 jam. Renew passport, untuk my November trip ni. Nombor sekarang adalah 1215 dan nombor saya 1237. Dah naik kematu montot ai ni tau. Huhu. Sambil2 tunggu turn, meh sini nak cite pasal appointment harini. Oh ye. Imigresen Mini UTC Sentul ni bukak until 10.00pm. Very convenient for us working community :)

Harini dah CD23. Hubster ikut skali sy check-up sebab dia pon nak bagitau Doc pasal seminal analysis dia. Pagi tadi sampai hospital lambat daripada biasa dalam pukul 9.15am gitu. Lepas register dapat nombor 17. Pergh! Memang hazab lah menunggu jawabnya. Then, saya turun bawah pegi lab buat blood test & MGTT i.e.minum air gula. Saya request kat Doc nak buat ujian tu nak tau kencing manis ke tak sbb insulin saya tinggi. Doc and kakak lab tu cakap jangan muntah minum air gula tu sebab memang teramat2 manis. Kakak lab kata bleh selang selikan dengan air masak. Saya telan jugaklah walaupon macam terpaksa. Alhamdulillah. Takde masalah bagi saya. Memang manis yg amat. Trick dia lepas minum selang dengan air masak seteguk. Tapi maybe sebab saya ni Mek Klate kot. Minum air gula is not a problem at all. Haha!

Harini org terlampau ramai kat klinik. Turn saya pukul 1.20pm macam tu. Doc buat TVS macam biasa. Belah kiri telur paling besar 11mm. Yang kanan ada satu 22mm x 21mm. Memang tengah cantik. Pintu rahim pon still terbuka, Endometrium 14mm. Lendir pon banyak. Memang sekarang betul2 tengah subur. Doc suh guna Ovidrel untuk stimulate ovulation. Nasib baik haritu dah penah beli and simpan dalam peti ais. Doc suh cucuk sendiri balik nanti. Hubster la orang yang kena buatkan.Hehe.

Saya tunjuk Doc result seminal analysis Hubster. Doc sub buat test skali lagi. A bit pricey but accurate. Lepas result tu baru tau Doc nak bagi ubat apa. So next cycle lah suh Hubster buat. Today Doc kata jangan buat cos sperm tu nak guna untuk this cycle. Doc suh bersama everyday starting today. Doc fixed next appointment next Wednesday.

Lepas jumpa Doc tadi turun lab balik nak buat blood test after MGTT tadi. After MGTT tadi kena tunggu 2 hours until the next blood test. Saya tadi patut pegi balik 12.30pm tapi lambat 1 jam sebab saya ingat boleh buat blk 2 hours or so. Rupanya kena exactly 2 hours. Tapi saya buat jugaklah cos Doc cakap kt kakak lab suh teruskan. Keluar hospital tadi pukul 2.00pm. The longest appointment I've ever gone through. Phewww!

Tadi Hubster dah inject Ovidrel. Alhamdulillah tak sakit langsung. Hebat gils Hubster. Dia biasalah berlagak. Kata dia dulu nak jadi doktor tapi apakan daya takdir buat dia jadi engineer. Puii! Haha

Harap2 takde masalah la bulan ni. Kawan2 TTC sekelian tolong doakan saya k!

Muahhh! love u all *group hugs*


17 October 2013

CD19

Assalamualaikum.
 
Pagi tadi appointment CD19 dengan Dr.Adilah. Sampai hospital agak lewat sikit dalam 8.50am. Bila register terkejut dapat nombor 10. Pukul berapalah orang nombor 1 tu sampai agaknya. Setau saya klinik bukak 8.30am. Hari ni memang ramai betul patients. Doc bukak klinik pagi petang. Saya masuk jumpa dalam pukul 11.15am macam tu. Sampai habis bateri main fon. Kejap FB, Instagram and haruslah Candy Crush. Hehe
 
Nurse Ida plak cuti raya lagi. Ade nurse lain ganti. Indian lady. Tapi nampak macam Doc runs the clinic on her own. Doc yang pggl my name msk. Masuk dalam, file plak takde. Nurse Ida simpan mana ntah. Doc pon taktau mana. Haih.
 
Doc suh baring buat TVS macam biasa. Tengok belah kiri memang forever kecik lah kantung telurnya 9.5mm je. Belah kanan Doc tunjuk ada yang dah membesar 18mm x 14mm. Dinding endometrium Doc cakap dah menebal 8.8mm. Pintu rahim pon dah nak terbuka. Cantik.
 
Doc predicted dalam sehari dua lagi saya ovulate. Doc tanya pernah ke buat OPK so I said pernah tapi rupanya salah cara saya selama ni. Doc kata takpe lah. Jumpa lagi hari Isnin ni nak tengok betul ke dah ovulate. So Doc advised untuk bersama selang satu hari starting today. Alhamdulillah. At least masih ade sinar harapan untuk kami berdua. Mula2 nak buat TVS tu I told Doc that my eggs were small masa CD12 but Doc nasihat jangan give up. Mana tau untuk harini ade telur yang blooming. Semua kuasa Allah. And so today alhamdulillah at least ade jugak telur yang besar.
 
Selesai urusan dah hampir lunch. Terus pegi office amik Hubster cos dia nak amik result Seminal Analysis yang dia buat 5 Okt haritu kat Poliklinik Lourdes. From the result, Hubster's number of sperms kurang. Normal patut ade 19millions but his only 10millions. With regards to bentuk sperms plak banyak abnormalities. Tapi Doc cakap could be improved by consuming hormones. Overall memang normal. So Doc advised suruh pegi jumpa the same gynea untuk dapatkan hormones supply tu. Doc cakap jangan risau. Patient dia yang ade just 6millions sperm pon bleh mengandung. Apa2 pon it can be improved. Alhamdulillah again.
 
So insya Allah Isnin ni kami jumpa Dr Adilah lagi. Semoga urusan kami dipermudahkan. Doakan yang terbaik untuk kami berdua ok!

16 October 2013

Aidiladha & Lapis Marie Cheese

Assalamualaikum

Masih mood raya kah? Tahun ni saya beraya di KL saja. Sendu je kan. First time beraya di rumah sendiri. Sembahyang raya di Masjid Batu Muda dekat ngan Taman Koperasi Polis.

Pagi raya juadah kami hanyalah Spaghetti Meatballs dan Murtabak Raja. Dessert plak saya buat Lapis Marie Cheese. First time try. Inspired by Kak Yani from The Kitchen Guardian. Resipi yang beliau share memang marbelesss. Sedap sangat. She's my favourite baker too!

Saya dah share gambar2 ni kat dalam Instagram. Sapa followers dia tau la. Ade ramai plak tanya resipi untuk Lapis Marie Cheese ni. OKlah. Meh sini nak share. Sharing is caring kan. Sedekah ilmu masak memasak pon dapat pahala. Hehe

Lapis Marie Cheese

Bahan-bahan

1 paket biskut Marie biasa
1 paket biskut Marie coklat
250g cream cheese
250g condensed milk
300ml whipping cream
Grated cheddar cheese (I skipped this part cos lupa beli)

Cara-cara

1. Beat cream cheese sampai dia jadi smooth.
2. Masukkan condensed milk dan keep on beating sampai sebati.
3. Pour whipping cream dan beat until combined.
4. Susun biskut Marie dan layerkan dengan adunan cream cheese, milk & whipped cream.
5. Next layer letak kepingan biskut Marie coklat dan diikuti dengan adunan cream cheese. Then begitulah seterusnya sehingga habis adunan cream cheese tadi.
6. Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan adunan cream cheese. Then amik crumble biskut Marie and tabur kat atas. Kalau ade grated cheese, sprinkle over the top.
7. Selesai hias, masukkan dalam peti ais for overnight.
8. Ready to serve! Selamat mencuba!




Senang aje resipi dia. Semua orang bleh cuba. Tak perlu bake pon. Hubster suka sangat. Kebetulan ade kawan beliau datang 3 orang. Saya hidangkan. Memang diorang pon suka makan. Next time boleh buat lagi.

Raya semalam diet kelaut. Harini baru kembali ke pangkal jalan. Kembali mengira kalori.

Oh ya, ni ha juadah saya masak semalam. Boleh la kan? Kami berdua je pon.

Next time bertiga pula! Insya Allah :)






Dugaan

Hari Khamis minggu lepas adalah CD12 dan appointment dengan Dr.Adilah. Macam biasa saya datang sorang je. Hubster takleh cuti. Sampai hospital dalam pukul 8.45am. Dapat giliran no.4. Nasib baik datang awal sikit drpd biasa. Kalau tak mesti kena tunggu lagi lama.

Dalam pukul 10.30am camtu turn saya. Mula2 Dr.Adilah bagitau pasal result blood test yang sy buat masa CD2. Doc bagitau my cholestrol level turun sikit je, from 7.3 to 6.9. Still not good. Must lower a bit more. Then my sugar level is the most worrying part. Normal should be around 7.0 and mine is 25.0. What???? Macam tak caya je. Ni nanti next appointment kena confirm betul2. My friend, a pharmacist cakap kalau 25 tu boleh terbalik meter bacaan. Dia suh confirm dengan doktor balik apa dia bacaan 25 tu. Huhu

Doc tanya betul ke saya makan Metformin tu sebab kalau makan the sugar level should reduce. So memang takleh tipu Doc. Kena la bagitau perkara sebenar. Huhu. Doc kata saya ni takdela badan besar benar macam some obese people. So she advised me to jaga makan. Take on low sugar, low salt and low everything. Saya saja je gurau cakap tak sedap lah nanti. Then Doc cakap memang tak sedap. Benda healthy memang tak berapa nak sedap. So kena paksa diri jugak walau mcm mana pon.
 
Doc buat TVS macam biasa nak cek telur. Tengok kiri takde yang besar. Belah kanan ade satu 10mm. Doc cakap Clomid dah takde kesan on me. Haritu Doc tambah dos pon still telur taknak besar. So kena la amik injection. Doc kata this cycle buat secara natural dulu. Then next cycle baru amik injection. Kena la sedia duit byk next month ni. Satu injection RM300. Doc kata max 5 injections, so RM1500.00. Then baru proceed IUI.
 
Dugaan oh dugaan. Banyak plak dugaan ye. Takpelah. Nak buat mcm mana. Allah nak uji. Tengok setakat mana tahap kental kita pada semua ujianNya.
 
Balik dari hospital, saya pegi amik Hubster kat office sebab nak bagi kereta. Dah time lunch so dia pon drive saya balik. Dalam kereta saya nangis puas2. Hubster comfortkan & suruh saya bersabar. Hubster cakap kalau dah takdir Allah tak bagi rezeki anak kita kena redha. Dia cakap "at least you got me! the clown of your heart!"
 
Senyum. Selalu buat saya kembali tersenyum.
 
Esok next appointment with Dr. Adilah. Tengok la mcm mana prestasi telur untuk CD19. Harap2 ade yang besar.
 
Bye.

08 October 2013

Nama Saya NAZIFA

Kali ni nak cite pasal nama. Nama saya. Noor Nazifa binti Abdullah nama panjang. Saya rasa takde yang pelik pada nama saya. Senang nak sebut. Tapi kenapa orang asyik salah sebut dan tulis??

Sejak dari zaman sekolah dalam sijil-sijil memang selalu kena hantar baiki nama sebab cikgu salah taip. Most common mesti jadi "Noor Nafiza". Sampailah sekarang ni bila dah keje pon. Macam-macam nama orang bagi. Nafiza,Nofiza, Nazife, Nazilah. You name it. Nazafia pon ade tau. Mat salleh yang hantar e-mail letak nama Nazafia. Rasa mcm nak guling2 gelak. Mat salleh lain2 tu diorang letak Noor aje. Senang.

Pernah saya amik test Advance English kat office, ade sorang mat salleh tu suka my name. He said it's unique and tak pernah jumpa nama macam saya. Alahai. Unik ke?? Entahlah den raso macam biaso ajo.

Itu lah serba sikit kisah nama saya ni. Parents bagi nama cantik2 last2 Jee jugak yang dipanggil. Short and sweet gitu. Hehe

Mata dah agak kuyu ni. Tapi sebelum tu sebut betul2.... N.A.Z.I.F.A. Belajar mengeja dan menyebut plak kita malam ni ye. 

Oklah nak beradu. Tata!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...