30 September 2013

TTC : Appointment Dr. Adilah CD2

As salam my lovely TTCians. Monday blues today? Hehe.

Hari ini I went for the usual check-up at Pantai Hospital KL, jumpa gynea cantik Dr.Adilah. I called 2 make an appointment on last Saturday but was told by Nurse Ida that Dr.Adilah was no longer held her clinic on Saturdays. So I opted for Monday instead. Too bad lah cos Hubster can't join me. He got so few annual leave left. Huhu.

Remember I told u Cik Red Flag finally came on CD46? Well false alarm actually. I did not bleed like usual. Pagi tu aje stain then the rest of the days were squeaky clean. Masih ada harapan di situ. Buat UPT negative. Hampa. So tunggu je la kot2 Cik Red Flag masih malu2 nak keluar. Ingat nak jmpa Dr.Adilah nak cek kenapa lambat sangat period kali ni. Tup2 semalam the real Cik Red Flag datang. So harini jumpa Dr.Adilah CD2 lah.

Masa jumpa tu Dr.Adilah tanya how was my period since June cos last time I saw her was in May. I told her my cycles were 28, 33 and latest 49. Lama dia tenung kertas tu. Dia suruh saya baring nak buat TVS. Oh no!!! Harini CD2 kot. Period berketul2 banyak lak tu. Dia kata takpe nak tengok aje.  Sebelum tu dia bebel gak kenapa tak datang treatment continuously. Sebab rugi je buat Laps haritu. She explained that PCOS patient kena makan ubat subur cos it will help to reduce PCOS. I told her that I thot nak try sendiri tanpa bantuan ubat subur. Unfortunately, my understanding prove me wrong. At this stage Dr advised kena consume ubat subur. Kalau tak makin lama makin tebal PCOS and chances of getting pregnant will be lower.

Bila dia tengok file, she was very concerned about my cholestrol level. Bagi seorang perempuan, cholestrol level tak boleh lebih daripada 6.0. Mine is 7.0 and it is considered very high. She asked whether family ade history stroke tak so I told my late Papa penah kena before dia kena heart attack dulu. Since ade family history, Dr takut saya akan kena jugak. Then I asked "That means I have to start diet?". Dr senyum je & she said "as much as it is hard to curb your appetite, you need to force yourself to do it. It's for your own good."

Dr. Adilah suruh saya buat blood test once again to check my insulin, cholesterol level and Beta HCG cos she suspected I'm having miscarriage. How sad kan kalau betul miscarriage. She said PCOS patient memang rahim tak kuat so Duphaston might help. Result blood test tak keluar lagi. 10 October ni jumpa dia lagi to discuss on the result.

Kali ni Dr. Adilah prescribed Metformin (3 tablets a day for 2 months). I think she knew I skipped those tablets. Hahaha. Dia bebel dia kata "you must makan metformin. please don't skip sebab metformin can help to cure PCOS, regularize your period and would also help to reduce your weight for 10-15% of your body weight". OK Dr. Baiklah. 

This time Dr adilah bagi high dosage of Clomid. Dulu amik 100mg (2 tablets) per day now 150mg (3 tablets) per day for 5 days starting CD3 to CD7. Kalau tak jalan jugak kali ni memang kena amik injection. 

Duphastone plak Dr tak prescribe sebab dia takut nanti because of the high cholestrol level, dapat complications, blood clot and then dapat stroke. Ya Allah minta dijauhkan.

Nampaknya kenalah start berdiet harini. I'm now on Kevin Zahri diet, consuming 1100 calories per day for 5kg 5 weeks goal. Lapar gils serious!

Takpelah. Insya Allah. Harap segala usaha berjaya dan diberkati Allah. Segalanya untuk kebaikan diri saya jugak.

Takkan putus asa demimu Anak!

26 September 2013

Dia Datang

Hmmmm... semalam adalah CD46 dan bermakna hari ini CD1 dan bermakna juga Cik Red Flag sudah datang menziarah. 

Pasrah aje lah. 

This cycle is the longest cycle since sy buat treatment. Ramai kwn2 suruh buat UPT sebab smlm dah CD46 kan.So berkobar2 lah beli UPT smlm. Dah gaji plak tu. Pegi midvalley singgah guardian,rembat 3 UPT. Tak sikit2 kau smp 3!! Very the confident ai ollss. Balik umah rasa nak je buat dan dan tu tapi Hubster kata sabar. Buat esok pagi accurate sikit. OKlah. Saya kemain tahan nk kekench sbb nk dpt 1st urine in the morning. Haha. Pukul 6.15am bangun nak solat subuh tengok2 Cik Red Flag datang. 

Hok alohs!

Bagitau Hubster. Sambil mamai boleh dia kenakan saya. 

"Oh selama ni dok mengidam itu ini rupanya nak berisi lemak bukan berisi baby". Terus dia gelak tak hengat. 

Cis! Puaka betul mulut beliau. 

Hubster tanya saya kecewa ke. Saya kata tak kecewa macam dulu2. Skrg dah mcm immune dah. Hubster pon sama. So Hubster kata teruskan kehidupan macam biasa. Masih ada masa untuk mencuba. I lap u lah sayang. Never give up on me!

Tadi dalam keta, Hubster masih ejek pasal kes mengidam saya tu. Tak habis2 nak bahan. Dia cakap saya dah kena diet sebab dah terlampau gemgems. This is my heaviest body weight tau. Tak pernah to this extend. Ishhh. 

Dia masih ejek lagi. 

"Yang, muka cantik tak guna kalau badan besar. Go hit the gym. Be the gym junkie like before. I like you with some meat but not too too much. This is too much yang!!!"

Masing2 gelak besar.

Cehs... cakap orang. Dia pon mengembang tak hengat. Semalam Hubster beli e-book Kevin Zahri tu. Berkobar semangat nak kurus katanya. Tengoklah bertahan sampai bila. Saya pon nak cuba. Mana tau tak payah amik slimming product pon bleh loose weight?

Jom diet...... lah sangattt!!!

hahahahaha 

Oh ye. Sabtu ni nak jumpa Dr.Adilah. Start treatment balik. Tak jadilah stop. Nak teruskan jugak. Insya Allah ada jalannya.

Kbye :)

22 September 2013

BNM Annual Dinner 2013

Last night I attended the Bank's annual dinner 2013, held at the Grand Ballroom, One World Hotel, Damansara. The theme was Box Office Night. Since the ballroom couldn't hold up the almost 3k staff at one time, so the dinner will be held for 2 nights. I chose the 1st night though.

Saya pakai baju tak ikut theme pon. Just grab what I have in the closet. Mula2 macam taknak pegi sebab takde baju nak pakai. Ye lah kan. Baju glam sume mana nak muat dah skrg ni. Tapi belek punya belek baru saya tau ade this one caftan that I seldom wear. 

Biasa org pegi dinner soap pegi saloon make-up bagai tapi takyah la nak bazir mcm tu skali. Just make do of what make-up items you have, bukak youtube then tgk make-up tutorial. DIY je. Save la duit time2 segala bnda naik harga ni. 

This annual dinner was more or less the same like the previous years. We came for the food and entertainment. Haha. The Lady Boss of course la datang to officiate the event tapi beliau balik awal before the entertainment starts. Ada hal maybe. Untuk yang tak penah jumpa Lady Boss mesti diorg tak sabar nak tengok beliau dari dekat. Like celebrity starstruck. Ye la kan sapa tak kenal the person who signed the notes. I was like that before masa mula2 join Bank. Teehee

The emcee for the night was Harith Iskander and he is seriously one damn funny guy. We enjoyed having him around sebab gelak je the whole time. The entertainers were Misha Omar and Zainal Abidin. Though I like Misha Omar, dia madam tak panda sgt interact with the audience, which made her performance quite dull and boring, aside from her good and beautiful voice. However, Zainal Abidin was the real deal. I mean he was the real entertainer! Very good with the crowd and tak nmpk kekok to even make jokes with the VIPs. He sang his most famous song of "Hijau" and everybody was merrily singing along to the song. Memang superb sgt Zainal Abidin. Suara dia still the same and I was awed on how good he was while singing live! 

Since the theme was Box Office Night ada la jgk a few peeps yang wear the theme sebab ade hadiah untuk Best Dressed Table, Best Dressed Man & Woman. Grand prize lucky draw plak ade 3D2N holiday at Ayodhya Resort Bali. Saya macam biasa tak pernah nak lucky. So agak kecewa di situ.

Meriah sgt last night. Sebelum dewan bukak, while having cocktails, you can take picture at the Photo Booth mcm kat bawah ni. Ada photographers everywhere. Snap sana snap sini. Rasa macam red carpet award show kat Hollywood plak. Siap ade reporter macam Giuliana Rancic or Ryan Seacrest interviewing the attendees. Ala2 E! 

Nak dijadikan cerita, I wore my 5 inches wedges last night and masa nak jalan tu I kinda terpeleot and nasib baik smpt berpaut pada Hubster. Yang tak bestnya si so-called E! reporter tu nmpk & he came and interviewed me. Gila lah masuk dalam video kay. Malu bertingkek-tingkek. Haih. So I just act cool and smile away. Answered a few questions and ran away into the ballroom. Hahahaha

The food was chinese course. Sedap. Just like any other chinese courses you have in some hotels. Lepas show sume tu habis dalam pukul 12 mcm tu. Penat jugak but enjoy. Nasib baik esoknya Ahad. Bleh la rehat sikit. 

And so pagi tadi saya terbangun lambat.....

Photo Booth

Hubster and Wifester

Berdua lebih baik
My table mates
The Lady Boss


Crazy side of me

Good friends

Pretty colleagues

Teammates. Sebab too tall I have to bend down

Giant sgt ai rasa!
My own make-up

I'm a giant flower!
My caftan :)
Accessories for the night:
Bag I got for only RM20 at Ho Chi Minh
Mix & Match Bangle set from Diva

21 September 2013

Mengidam??

Saya ni kan tak habis2 dgn mengidam. Kalah perempuan mengandung. Lately nafsu makan macam saka. Walau diri dah rasa macam belon sekarang ni mesti ade je benda nak mengunyah. Tak boleh jadi ni. I gotta do something!

Oh hari ni CD42. Cik Red Flag masih malu2 kucing. UPT? Takut nak buat. Takut hampa kuciwa hancur luluh hati ai nnt. Uhuk!

Hari tu (tak ingat hari apa) saya pegi Souka TTDI. Gigih sangat ke sana nak beli kek sedap. Rainbow cake terus dirembat. Sedap oh! 

Then semalam nampak akak buat tart nenas kat ofis yang sedap lemak manis tu ade letak tart2 nenas dia kat mini mart office. Apa lagi rembat la sebotol kecik yang RM10 punya. Letak kat insta trus dapat order dari Kekda. Hehe. Zasss malam tu hantar terus. 

Semalam dah bantai sikit kat ofis. Harini habis sebalang. Hubster merajuk. Sebab satu pon tak bagi dia rasa. Bini mithali sangat! Botol kecik je pon (ayat nak sedapkan hati). Sebenarnya rasa bersalah kat diri sendiri sebab makan benda2 tak berkhasiat dan menggemokkan. Tsk tsk *Gelengkepala*

This week nekad nak diet. Oh please lah. Sekarang pegi keje pakai baju kurung je tau. Sebab tu je yang muat sekarang ni. Baju2 lain semua sendat. Oh noo.... Nangis tepi katil sorang2. Sobsobsob.

Next week baru nak start set slimming from Shaklee. Harap program diet saya berjaya. Chaiyok!!





18 September 2013

CD39

So today dah masuk CD39 dan cik Red Flag masih belum datang.
 
Kalau sebelum ni saya risau tanda2 mcm sore breast takde, Isnin lepas baru start rasa sore breasts. So insya Allah tak lama lagi datang lah ia. This is the longest period cycle since saya start buat treatment last year. Biasa average dalam 33 hari gitu lah. Ni dah cecah CD39. Achievement la sgt kan.
 
Most of my friends suruh buat UPT. Manalah tau kan. Tapi saya rasa macam tak pregnant. A friend told me to wait until 2 weeks then only buat UPT. She advised me not to stress and to stay happy always.
 
Apa2 pon kalau ini rezeki saya, syukur Alhamdulillah tapi kalau Allah masih belum bersedia nak kasik, saya akan terus berusaha.
 
Insya Allah :)

15 September 2013

Gigi Manis

Semenjak dua menjak ni, tekak asyik lah nak makan makanan manis2 especially desserts. Last week tetiba rasa nak makan cake. Terlintas nak buat RV yang macam saya buat masa raya haritu. Guna resipi baru by The Kitchen Guardian. Memang sedap sangat. Serious.

Bukak peti ais, semua bahan ada. Tapi....................

M.A.L.A.S

Sebabnya kena operate the mixer. Terus slash RV. Next in line is brownies. Cek bahan semua ada. So apa lagi. Ke dapur lah kita. Senang aje buat brownies ni. Tak perlu pakai mixer. Mix pakai tangan je. Bakar pon dalam 18-20 mins only. 

Tung tang tung tang. Siaplah brownies saya. Sedap oh. Tak tipu.

Nama panjang dia Fudge Brownies with Walnut and Chocolate Chunks. Resipi boleh amik from website Joy The Baker. My all time favourite baker. Link dia kat column sebelah kanan ni haa.

Tak penah2 habis saya makan cake but this one is exceptional. Esoknya saya bawak pegi office. Ralat pulak makan sorang2 so share ngan Erin, Kak Ros and Kak Fid. Ingat diorang taknak, sekali licin. Rasa nyesal plak bagi. Uhuk! eh #takbaik

Balik rumah ade lagi 6 ketul. Berebut ngan Hubster. Hubster kesian dia makan satu je. Lagi 5 dia bagi saya makan habis. Gelojoh sangat tau.

Fudge Brownies with Walnut and Chocolate Chunks
Dua minggu lepas saya buat Pavlova untuk hantaran adik Kak Fid, manager saya. Dia request 2-tier pavlova untuk hantaran and 1 tier untuk makan sendiri. Saya letak buah strawberry, raspberry and blueberries. I love the combination of the berries sebab color dia so yums!

Untuk 2-tier harga RM120 and 1 tier RM80. Tapi harga will differ ikut buah2 yang di request. Berries are expensive so memang agak pricy sket. Kalau buah2 biasa normally murah sikit.

Tengok macam sedap je terus saya buat satu untuk saya makan sendiri. Esoknya balik Penang saya buat lagi satu untuk hantaran adik ipar plak.

Banyak sangat makan benda manis sampai gigi pon sakit. Huhu.

Macam mana nak kurus kalau macam ni gaya makannya???




14 September 2013

Musim Nikah Kawen

Nampaknya musim kenduri kahwin kembali bertandang. Bulan ni seingat saya paling ramai kawan2 dan sedara mara naik pelamin. Ironiknya, kahwin serentak pada hari yang sama. I've got 3 invites (KL and Kelantan) today, 2 on 16 Sept (both JB), 2 on 28 Sept (both Shah Alam) and 1 on 29 Sept. 

Harini saya hanya ke satu majlis sahaja. Majlis nikah Osman dan Sharina. Osman ni dulu satu department saya. Sangat baik orangnya. Dia buat housing loan applications for staff. Masa saya nak beli rumah dulu Man banyak tolong kami suami isteri. Very efficient cara keje beliau. Saya mesti pilih! #ehtetiba

Man ni kaki karok jugak. Seangkatan ngan Hubster yang suka nyanyi2 tu. So saya ni tukang ikut aje lah. Nyanyi? Kelaut!

Man suruh Hubster jadi one of the dulang boys. Hubster pon layankan aje. Lagipon Man kawan baik kami kat ofis. 

Nikah berlangsung di rumah pengantin perempuan kat Puchong. It was a very emotional moment. Lepas je Man jawab nikah and sah terus beliau nangis. Jarang orang lelaki nak nangis. Biasa kalau boleh nak terus lompat je kan lepas dah sah tu. Lembut jugak hati Man ni. Ye lah. Anak bongsu la katakan *jeling diri sendiri*. 

Alhamdulillah. Now Man dah selamat jadi suami orang. I am so happy for you, Man. I hope this marriage will be the beginning of your many beautiful tomorrows with Sharina. Insya Allah :)

And tak lupa buat sepupu saya, Epi Nordin yang sanding harini sorry sangat tak balik Pasir Mas tengok awak kawen. Congrats also to you and Hafiz on the new journey :)

Nota Kaki : Today is my darling Ieka Kassim's birthday too! Happy birthday Ieka sayang. Wishing you all the life's good things, joy and neverending happiness. Love u loads! muahhsss!!

Aktiviti Wajib with the fashionista Ieka Kassim
Us 
With my neighbour/colleague, Suli

Trio
Artis ke kau??
With the newlyweds!

Congrats Man & Sharina!

Ini Pengantin Lama :)

11 September 2013

Bimbang

Harini saya dah CD31. Patut Cik Red Flag datang menyapa semalam ikut kira2 nya lah. Biasa sebelum ia datang mcm seminggu sebelum camtu, saya akan rasa sore breasts. Memang itulah symptomnya. Setiap kali Cik Red Flag nak datang ziarah. Tapi kali ni takde rasa pape. Saya risau period cycle sy kembali tak normal. Macam dulu. Huhu.

Saya baru nak start balik with Dr.Adilah untuk next cycle tapi mcm mana ni. Saya rasa nak tggu lagi seminggu tengok cemana. Kalau still tak datang jugak kenalah lah saya pergi balik jumpa Dr.Adilah. Matilah kena lecture panjang lebar. Yelah. Sebelum ni kemain beria sukahati period cycle dah kembali normal tanpa medication. Tapi sekarang belum sempat habis treatment dah nak jadi camni.  

Risau lah. Ada tak kwn2 yang problem macam saya ni? HELPPPP!!!

09 September 2013

Sharing is Caring

Holaaa...

Selamat hari Isnin yang indah permai. Ececece. hehe. Sementara nak nunggu abe Aariz Danial meh kita bercerita dulu.

Nak dijadikan cerita ada le a few kat office tanya rahsia penjagaan kulit wajah saya. Depa kata flawless tapi saya rasa takde le flawless mana pon. Ada jugak cacat cela jugak kalau tengok jarak dekat. Dengan eyebag bagai and ade kawah bekas chicken pox tapi takde le besar mana pon. A bit of exaggeration doesn't hurt. Hikhik.

Alhamdulillah so far kulit muka saya memang tak pernah ade masalah semenjak dah dewasa ni. Dulu masa teenagers ade la jerawat here and there. Biasalah kan zaman nak membesar, so hormon pon bercelaru agaknya. Then as I grew, kulit makin lama makin ok. Lagipon dah pandai guna skincare ni.

Skincare saya tak banyak pon. Takde la pakai SKII ke Clarins. Mahal sangat tu. Hanya benda2 murah aje. 

Pencuci Muka
Bagi pencuci muka saya pakai Olay 7 signs tu. Dah pakai since its introduction and dah jadi kawan baik :)

Scrubs
Ni gaya tradisional sket pakai bedak kulit rambai. Bedak kulit rambai dia ni bau dia kurang best sikit. Saya selalu cakap kat mak saya bau dia macam bau nenek2. I've been using that since teenagers lagi and until now. Masih setia. I always believe in traditional product. Sebab dia natural and chemical free. 

Saya beli daripada kawan Papa. Dia buat sendiri kat rumah. Dulu Papa tukang order sebab dia ngan pakcik tu kawan semasjid. Senang jual beli kat masjid je. Now since Papa dah takde, saya mintak tolong Mama plak sebab dia pon selalu pergi masjid yang sama untuk solat jemaah. Memang stok mesti selalu ada. Dia jual dalam peket kecik2. 5 peket for RM2. Saya setiap kali beli mesti RM20 buat stok banyak2.



Moisturizer
Saya pakai brand Loreal ni. Dinasihatkan untuk our daily moisturizer kita kna cari yang ade SPF sebab kulit kita most of the time mesti terdedah pada direct sunlight. So kalau selalu sangat nanti kena pigmentation. Tak elok untuk kulit. Benda alah ni ade multi functions. Not only serves as moisturizer, sunblock, ia juga boleh jadi base sebelum letak make-up. Sangat bagus.


Face Powder & Make-Up 
Saya tak make-up sangat sebenarnya. Setiap hari saya mesti pakai face powder, blusher, eyeliner & mascara sahaja. Not heavy make-ups. Mak saya selalu pesan kurangkan bersolek tebal2, nanti lekas nampak tua. 

For face powder, dulu saya guna bedak Kose 2 way foundation. Been using it since 2008. Memang best sangat sebab it can cover your flaws. Until recently, kakak saya introduced product Ronasutra ni. Product ni mineral based and 100% natural. Its founder was my sister's school friend. Saya try 2 benda ni dulu: 
1) 2-in-1 Base & Concealer 
2) 2-in-1 Foundation & Powder. 

Mula2 kena start No.1 then followed by No.2. Untuk letak No.1, just pakai sponge and brush all over your face. Then baru dab No.2 and untuk ratakan kena use brush special nama Kabuki brush untuk dapatkan hasil yang cantik dan sekata.

Mula2 try, kulit saya rasa sangat tak selesa & basically rasa cam gatal2. Ingatkan tak sesuai dengan kulit, rupanya itu adalah reaction mineral ingredients dalam bedak2 tu untuk buang sel-sel kulit mati. Bukan menggelupas macam certain products, just rasa tak selesa tapi tak lama. After a while you can feel the difference and your skin macam makin cerah and licin je after all the dead cells were gone. 
Happy sangat. Dulu kalau pakai bedak tanpa blusher & eyeliner, nampak kusam je kulit muka. But now tak payah pakai make-up pon still OK and kalau pakai bedak dia pon still kulit bleh nampak tak kusam.

So kalau ade anyone yang interested nak try, ade 10% discounts on all products. So harga lepas diskaun bleh tgk kat bawah: 
1) 2-in-1 Base & Concealer = RM45
2) 2-in-1 Foundation & Powder = RM48
3) Kabuki Brush = RM38
4) Blusher = RM38
5) Sponge = RM 5 for 2


You can drop your comments or e-mail me at nnazifabdullah@gmail.com to order. I can order directly from the founder. 

Tempoh penggunaan tu tak pasti sebab saya dah pakai hampir 2 bulan dan kuantiti bedak2 saya masih lagi banyak. Tengoklah kalau dah habis nanti baru bleh share bedak2 tu tahan berapa lama.

So saya nak sharelah sikit hasil pakai product mineral Ronasutra ni. Alhamdulillah sangat berpuas hati dan highly recommended kalau sesapa nak cuba. Kot2 laa teringin nak cantik cam Vanidah Imran / Lynda Roslan (duta Ronasutra).

With Ronasutra powder set (No.1 & 2) only
Masa ni pakai face powder je (No.1 & 2)
Lepas solat, buang segala make-up yang ade

Ni gambar sama lepas solat

Ni full make-up on. Takde beza pun kalau guna camera penipu 360 ni.

Jomlah kita support local products. Tak perlu belanja mahal2. Berbelanja ikut kemampuan masing-masing. Di samping dapat kulit yang cantik, bersih dapat jugak jimat duit :)

Betul tak??

02 September 2013

Of Open House & Sister-in-Law's Engagement

Hi lovelies,

I wish you Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Alhamdulillah untuk Malaysia yang masih aman (aman ke?) tanpa sebarang peperangan atau kekacauan.

Harini saya cuti. Yay!

So last weekend saya balik Penang (kampung Hubster) for SIL's engagement on the Saturday or Merdeka Day itself. Sampai sana dalam pukul 7am camtu sebab took off quite late from KL. The engagement was on the Saturday night and during the day my in-laws hosted a Raya open house for family and friends. 

Banyak betul makanan. Macam food fest pon ade. Not all was ordered. Some were cooked my MIL and elder SILs. MIL cooked gulai ayam for nasi dagang, kari daging for roti jala (Penangites called roti kirai) while SIL cooked ayam rendang. There's more! We had spaghetti bolognese by other SIL, mee rebus, satay with nasi impit and all its condiments and also nasi dagang. 

Banyak sangat makan sampai tak sempat nak rasa lapar. Haha. Most of the guests were my in-laws' friends. So tak kenal sangat. Aktiviti saya hanyalah bergambar dan look pretty (sila muntah please!). Just joking. Of course lah kerja saya seperti menantu kesayangan yang lain and that was replenishing the food! Saya tak perlu basuh pinggan (fuh, nasib baik!) sebab my FIL dah hired someone for that job.  Haruslah menarik nafas lega kalau tak, tak glam la yours truly. Hekhek.

Then that night after Isyak barulah start majlis pertunangan adik ipar saya. Adik perempuan Hubster yang bongsu. Alhamdulillah everything went so well and she's now officially engaged. I am so happy for her :) But I didn't have the chance to see acara sarung cincin because I'm stucked in the kitchen. Huhu.

Untuk malam, menu ada tambahan. Ada nasi daging, udang masak beriani, udang masak tiga rasa plus all the food we had for open house siang tadi. 

Tetamu VIP malam tu was Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (I), Datuk Haji Rashid who is my FIL's friend. I don't get it why everyone's was taking turn to take picture with him as if he is a celebrity. Maybe for orang Penang ye lah kot. I dunno. I had one picture, ramai2, tu pon ai is enterprem only! Hubster had one sbb they know each other. Family friend kan.

The rest of the night apa lagi, camwhore la ceritanya, with the props and everything.

Memang penat sangat. Masuk tido quite late sebab tolong kemas2 all the stuff. Maklumlah not all fully catered. So kami lah jadi macai.

But it was fun tho. The next big event will be next year March.

Emmm...gotta start cracking the head for the family's theme colour and what baju should I wear. Is it too early to plan? hehe

Whatevs!

Yours truly, pembuka entri :)

Me, SIL 3, SIL 2 and cousin

US :)

The food
There's more!
Mom-in-Law saya

Hantaran for Her
Hantaran for Him
By yours truly. Ultimate yumminess!
Engaged! Sweet couple, Azura & Bo


Goofing around :)
Congrats lil sista!
Us again :)
Hubster and VIP guest
Nampak tak kak ton enterprem??hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...