25 November 2013

Pemergian Yang Dirindu

25 November 2013. Genap 2 tahun Papa pergi. Pergi tak kembali.

Walau 2 tahun berlalu tapi rasa macam baru semalam dia pergi meninggalkan kami semua. Pemergian yang amat dirindui.

Papa akan sentiasa diingati dan dirindui. Selamanya.

You will always own the special place in my heart.

I love, Papa. You are the greatest gift God has ever given to me.

Semoga Papa sentiasa dibawah lindunganNya dan ditempatkan di kalangan ahli Jannah.

Al-Fatihah.

19 November 2013

Shopping Sampai Poket Rabak

Assalamualaikum loveliessss!
 
Fuh fuh fuh (tiup blog yang dah bersawang ni) Hehe. Dah lama tak update. Malas.
 
Harini saya CD11. Cik Red Flag datang on 9 November 2013. Pasrah. Bukan rezeki kami lagi. Kena plak masa baru touched down kat Ho Chi Minh. Haih. Haritu bagitau Mama saya nak proceed IUI untuk cycle ni tapi Mama cakap tunggu dulu sebab dia ade jumpa sorang makcik mengurut kat KB. Mama cakap dengan izin Allah, dah ramai yang pegi dan alhamdulillah pregnant. So, Hubster pon agree. Stop treatment untuk cycle ni. Insya Allah nak pegi mengurut bila balik KB cuti hujung tahun nanti.
 
Minggu lepas (9 & 10 Nov 2013) saya pegi Ho Chi Minh lagi. Kali ni pegi sama Mama, Kakak and our 2 other friends, Kak Nor and Kak Su. Last time pegi masa bulan May tu ikut tour. So dah jelajah semua tempat tourist attraction like Mekong River, Chu Chi Tunnel and War Remnants Museum. This time around, solely untuk shopping. Mama memang suka sangat shop at HCM. Barang-barang dia memang murah habis.
 
Saya banyak shopping tudung halfmoon. Last time pegi dah beli berbelas-belas helai. This time tambah lagi 20 pieces. Now almost color shades dah ade. Mama plak suka telekung sembahyang. Compared to telekung daripada Indonesia, Vietnam punya lagi sedap and panjang. So bila nak sujud tu takde la masalah kaki terjulur keluar. Pastu plak sekarang kan tengah in telekung lycra renda-renda tu. Macam-macam colour ada. Naik juling lah nak memilih. Hehe
 
Entourage kali ni plak semua jenis sekepala and memang truly kaki shopping. So kalau sorang beli mesti lagi 4 pon nak beli. Kali ni, saya belanja banyak untuk tudung. Sebab saya ni memang gila tudung. Nak-nak shawl yang belit-belit tu. Selain tu, saya ade beli telekung jugak, kain cotton, chiffon cotton dan jugak blouses. Memang berbaloi-baloi. Harga memang drop dead cheeeeaaaapppp!!!
 
Mama konon mula2 tu cakap tak nak beli pape tapi last2 dia beli paling banyak. Sampai 15 pasang telekung dia borong! Tak sikit-sikit. Saya pun bawa luggage 1 je tapi hmmmm... Terberanak lagi satu. Haahahahaha. Over kan?
 
So balik je Malaysia poket dah rabak. Gaji plak lambat lagi. Haritu gaji awal so kemain menunggu lama to the nest pay day. Maggi la jawabnya nak tampung kehidupan. Hahahahaha
 
Insya Allah nanti saya akan buat proper entry pasal Ho Chi Minh ni. Kot-kot nanti you guys nak pegi sana. Bleh la buat guidance. Oklah ni ade sikit gambar amik masa pegi last week.
 
Abaikan kualiti gambar yang kurang best sebab masing-masing pakai camera phone je pon. Tak koser heh nak bawak camera gabak tu!

Ini kakak saya. Tenggelam dalam timbunan kain

This is my mom :)

Jubah ni serious lawa! RM40 je. Unfortunately takde my size :(

Ini kedai Aysah Collection. Murah sesgt!

We had dinner here. Expensive!

Ini pon kedai Malay cuisine tapi penuh. Owner sama ngan kedai atas

Ni abang jual air

Tawar menawar!




Ini hotel kami dan ini Kak Su

Masing-masing tayang telekung baru

Dalam guni tu tudung. Percaya tak???

Shopping kat Pasar Malam



Belakang tu pasar Ben Thanh

Landmark Ho Chi Minh





Sisters :)

Ini hasil rembatan tudung. All halfmoon

Keseluruhan hasil belian *Peace*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...