29 August 2013

Al-Fatihah

Ahad lepas saya terbaca FB kawan ofis bagitau pasal kematian sorang polis bantuan Bank. Bila dapat tau nama macam rings a bell. Dalam kotak fikiran saya terbayang satu wajah. Jauh di sudut hati saya berkata "hopefully it's not that kid".

Isnin masuk ofis saya cek Kijangnet takde lagi berita pengumuman kematian. Then saya masuk system tengok gambar tuan punya badan. Keluar je gambar terus saya mengucap. It's him! That kid i wished it was not. Walaupon saya tak kenal rapat arwah tapi ia amat memberi kesan. Just because I recruited him in. I interviewed him for employment and he got the job cos we can see sincerity in his personality. 

Dia selalu saya nampak jaga di lobi blok office saya. Jumaat lepas masa nak balik baru je saya jumpa dia and seperti biasa dia akan bow bila nampak saya. Saya suka tengok dia sebab dia budak baik. Very innocent look. But now rasa macam sedih sangat bila dapat berita beliau dah takde. And dah takde lagi beliau kat blok saya tu. Sobsob :(

Arwah meninggal lebih kurang pukul 2.45 pagi hari Ahad akibat kemalangan di Jalan Loke Yew dekat ngan Viva Homes. Saya dengar cite officer di jabatan yang sama dgn arwah bagitau arwah memang anak yang sangat baik, sanggup kena marah tak buat OT semata-mata nak balik cepat jaga mak yang tinggal kat rumah sorg2. Truly anak mak, takde perangai kata kakak dia yang keje sini jugak. 

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dicucri rahmat olehNya. Insya Allah.

Berita pasal kemalangan tu boleh tengok sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130826/je_06/Polis-bantuan-maut-kereta-hempap-2-kenderaan-lain

28 August 2013

Berangan Versi TTC

Semalam saya buat ovulation test. Tengok result ade 2 jalur. Maksudnya semalam saya ovulated. Then bagitau Hubster, kan best kalau OPT ni sebenarnya UPT. Sure hati girang tengok 2 lines. Angan2 mat jenin betul.

Then harini bagitau Hubster, rasanya macam bulan ni tak menjadi lagi. Sebab saya sibuk sangat kat office, then jarang bersama sebab penat. Balik2 je mesti nak baring dulu. Dah baring tu memang terus terbang ke Korea lah. Eh eh perlu ke Korea tu?ehehe

Hubster cakap takpelah. Jangan difikirkan. Pastu lepas ni jangan fikir bersama sebab nak anak. Semuanya bergantung di tangan Allah. Dah kalau Allah cakap bukan rezeki kau lagi, so be it. Panjang lebar beliau bersyarah di pagi hari sambil hadap jam otw nak pegi keje. 

Biasa takde la kami harung jam. Office ngan rumah sekentut aje. Kalau clear takde kete 10 minit aje. Tapi minggu ni orang tutup jalan kat Dataran Merdeka, raptai Hari Kebangsaan. Menyusahkan betul lah.

Semalam saya belek2 goodie bag yang saya dapat masa pegi birthday party cum aqiqah cum open house anak cousin Hubster. Baru teringat ade polaroid picture ni. Berangan lagi. 

Sweet je kan kalau ade anak, ambil gambar bertiga camni. 


Cycle period saya so far alhamdulillah dah teratur, every month mesti datang. Cycle terbaru 33 hari. Belum buat appointment lagi dgn Dr.Adilah. We'll see next cycle camane. Ingat nak amik supplement Shaklee. Dah contact kawan nk order set subur + set kurus. Kali ni nak try amik supplement plak. Mana tau kan.

Saya dah try Clomid tapi nampak macam tak jalan je. Haritu Dr.Adilah suruh amik injection and then baru IUI. Hubster kata nak pikir dulu sebab kos tu agak mahal. Injection + IUI semua skali dalam RM2700. Kos infertility treatment Bank tak cover. Kena bayar dulu then later boleh claim from Flexi. 

Takpelah. Orang kata kita ikhtiar selagi mana mampu. Saya takkan putus asa. Demimu, anak.


13 August 2013

Eid-ul Fitr - Day 2 & 3

Raya Day 2

Raya ke-2 open house rumah kak long di Kampung Kota. Tiap-tiap tahun mesti buat. Banyak makanan, ramai orang. Lupa nak snap gambar makanan sebab sibuk snap gambar sendiri. Vainpot sangat okeh! Open house started around 10.00am. So makan breakfast rumah kak long lah. Rumah mama tutup terus. Duduk bertabuh seharian rumah kak long.

Tengahari tu lari sekejap pegi aqiqah Syahmi Daniel, anak BFF saya, Wan Elhami (Mimiey aka Matey). Pergi saing dengan BFF lagi satu, Wan Edani. Kawan baik, nama pon dekat2. Walaupon saya tiada pangkal Wan tapi takdir saya berkahwin dengan orang yang ade pangkal nama WAN. Epic sangat kan? Surrounded with these WAN clans.

Duduk umah Mimiey tak lama. Sebab nak kejar solat Jumaat. Kami perempuan sembang biasalah mcm2 cerita, daripada baju, kasut, handbag, gossip sini sana. Geng lelaki jumpa tiada topic lain. Bola jugak jadi pilihan. Layankan aje. Usai sembang, minta diri. Hubster hantar saya balik ke rumah kak long, beliau ke masjid lah solat apa lagi.

Lepas Jumaat, orang sambung datang open house. Ramai yang amat. Nasib rumah besar dan luas. Pastu kawan-kawan kitorang datang jugak. Jaha Meli (nama glamour kampung beliau), Azie & lil princess Aisyah. Shidee dan Nana kawan Hubster masa Maxis dulu. Jaha kawan saya masa MRSM, then masuk UiTM berkawan baik sama Hubster. Sebab dialah saya dan Hubster bertemu. Ececececehhh. hehe. Lama jugak sembang. Macam2 cerita. Lagipon, macam dah lama tak jumpa dan borak. 

Open house habis dalam pukul 7.00pm. Penat gilak. Bukan penat ape. Penat buat-buat busy. Eheh.

Oh ye. Baju biru ni kurung cotton. Beli masa pegi Ho Chi Minh haritu. Beads penuh sampai perut panjang dia tapi takdelah saya tunjuk. Tudung haruslah labuhkan. hehe. Harga cuma RM55.00. Berbaloi-baloi.





Raya Day 3

Raya ke-3 cuma sempat visit 2 rumah je pagi tu. Tengahari sikit terus shoot ke Pasir Mas sebab sepupu nak nikah lepas Zohor. Cantik je beliau. Baju meletup. Pelamin plak so amazeballs! So cantik. Rasa macam nak kawen lagi skali. Pakej pelamin tu dia amik from Qaseh Inspire Bridal. 

Btw, again saya pakai baju beli dari Ho Chi Minh. Yang ni mahal sikit sebab ade patched lace. RM60.00. Murah la kan kalo nak banding beli kat sini. Haritu jalan2 sebelum raya, tengok harga sampai RM216.00. Nanti saya blogkan pasal Ho Chi Minh ni. Mana tau boleh jadi panduan future shoppers yang nak pegi sana.

Hmm... Bulan November ni mahu ke sana lagi. Tak sabarrrrr!!!

me & sister no.2
My niece no.2

Cousin, Atieah Ahmad
Lovebirds

Cantikkan pelamin ni??
The newlyweds :)
Pukul 11.00pm saya bertolak ke KL semula. sobsob. Time flew so fast. I wish could stay longer in KB. Tapi tulah. Sebab tahun saya ikut suami terpaksa bercuti awal dan korbankan cuti selepas. Kena jaga kedai la katakan. Tahun depan mesti qada' habis-habisan. 

MESTI!

12 August 2013

Eid-Ul Fitr 2013 - Day 1

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Hari ni raya ke-5. Saya sudahpun mula menuai. Tengok sekeliling office, lengang. Para bos masih lagi bercuti raya. Tinggallah macai ni untuk jaga kedai. Maklumlah, sebelum raya haritu dah bercuti awal daripada orang lain. Huhu

Raya tahun ni giliran saya beraya di Kota Bharu. Sampai umah Mama sehari sebelum raya (Rabu). Jumaat sebelum sehingga Selasa saya pulang ke Penang, jumpa keluarga mertua. Mertua saya keduanya orang Kelantan tapi berhijrah dan settled down di Penang. Hubster pula anak manja. Lagi2 bila beliau anak lelaki bongsu. Haruslah peluk cium mak dulu sebelum balik kampung bini. Hikhik!

Persiapan raya pretty much mama dah uruskan like tukar langsir, kemas rumah etc. Cuma lap2 cermin tu je maid kakak tolong buatkan a day before raya tu. Me and kakak tukang buat desserts lah ape lagi. Mom bahagian buat kuzi ayam & roti jala. Kakak made carrot cake. Hers is the best i tell u! I made chocolate cake, red velvet cupcakes and pavlova. Banyak la pulak desserts compared to main dish. 

Kuzi ayam with roti jala / roti memang hidangan wajib di pagi raya. Kalau takde rasa raya takde makna. Everyone loves mama's kuzi ayam. Pagi2 rumah mesti kena serbu for breakfast. Tak buat kuzi ayam nanti kena bebel dengan sedara. Diorang cakap sebab utama diorang looking forward is kuzi mama. Kembang semangkuk mama bila orang puji macam tu sekali. Hewhewhew.

Lepas makan, terus pegi lawat kubur arwah papa. Sedih sangat. Tahun ni tahun ke-2 tanpa arwah. Kalau arwah ade, pasti dia orang paling happy sebab semua anak balik berkumpul. Pasti riuh. 

Balik dari kubur, sesi bersalaman bermaafan dan bagi duit raya. Anak2 saudara happy, chesu lebur.hukhuk! Bila time salam ngan Hubster, terus kena sound, "harini minta maaf, esok buat lagi". Alah, macam tak biasa. Hehehe. 

Tengahari tu terus pegi Pasir Mas, kampung arwah Papa sebab sedara ramai kat sana. Lawatan muhibbah dari satu rumah ke satu rumah. Makanan masuk macam-macam sampai perut pon sendat. Nasib baik baju raya versi jubah dress / modern abaya. Coverlah sikit perut. Penat yang amat. Hampir maghrib baru gerak balik rumah.

Malam tu baking lagi. Kali ini red velvet aje untuk open house rumah Kak Long esoknya. Will blog about it later.

Till then, enjoy your Raya peeps. Looking forward to read about your raya story tooo!!




yours truly :)

salam lebaran from both of us xx
mama my everything :)
Anak2 sedara dah outgrown chesu. haih!
1st nephew, 2nd nice & 3rd nephew
Sorry banyak2 mom








01 August 2013

Perut Sendat Hati Gembira

Ini cerita malam semalam. Beriftar di Carnaval Churrascaria, a Brazilian BBQ buffet restaurant, Damansara. Semua hidangan pakai skewer. Macam-macam ada. Untuk salad, veges, soup and veges dia hidang macam buffet biasa so that you could go and take whenever you want. Macam daging, kambing, ayam semua tu nanti dia akan datang from one table to another, hiriskan untuk kita. Serious sedap sangat. Paling saya suka mestilah grilled meat dan garlic meat. Pemakan daging tegar, stok karnivor. Haha

Ini tahun ketiga beriftar di sini dengan ex-rakan serumah merangkap classmates masa UITM dulu. Semua pun lawyers. Ade keje AGC, firm and also in-house counsel. Pendek kata semua budak hingusan and malas gi kelas dulu dah berjaya lah semuanya. Termasuklah saya. Berjaya ke??

Lepas UITM, saya memang tak join service. Sebab terikat dek biasiswa the Bank. Most of these peeps join service so they diorang selalu jumpa each other. Kalau nak berkumpul begini, time Ramadhan ajelah. Ini memang our yearly get together. Setiap tahun pasti berkumpul. Dulu ade juga makan di restaurant lain tapi sejak 3 tahun lepas masing2 mmg kena makan kat Carnaval ni. Entah ape jampi org kedai tu pakai. Minta dijauhkan.

Setahun sekali ni ajelah masa untuk hapdate antara satu sama lain like who's getting slimmer, fatter, where to go for holidays, etc etc. Memang gelak sepanjang masa, reminiscing our good old days masa UITM law school dulu.

Dan aktiviti yang mesti ada is of course lah camwhoring!! Then lepas tangkap gambar masing2 whatsapp dalam group, takpon terus update FB or Instagram. Haha

Oklah, kalau sesapa berhajat nak ke Carnavale Churrascaria tu ni alamat dia. Per pax dalam RM67 camtu. Memang puas hati sampai perut pon naik sendat.hehe

Carnaval Churrascaria

77, Jalan SS22/19
Damansara Jaya 
47400 Petaling Jaya
Selangor
















Papa

Last night Papa came by but only on a short glimpse. I wish he could stay longer so that I could spend all night long with him. It was too fast, I couldn't even hug him before he left.

I miss him badly. Thinking about him made me crying and I am all teary eyed now while typing this. When I was in KB last 2 weeks, I went to visit him and again emotion strikes in, I burst into tears. Feel just like only yesterday he left us.

This year will be the 2nd year without him to celebrate Raya. Never in my mind, I stop thinking of him. Missing him. 

Dear Allah, I really miss him. Let him be in the peace place he supposed to be, grant him Jannah and showers him with Your blessings.

Al-fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...