26 June 2012

Perasan Hijabista

Ye saya memang perasan nak jadi Hijabista tetapi masih malu untuk mencuba. Hubster memang tidak suka saya terlalu berfesyen kerana beliau seorang yang terlalu simple. Beliau kata kalau saya pakai baju pelik2 dia tak tau nak comment apa. Hubster memang seorang yang tidak tau memberi komen. Yang dia tahu hanya jawab "Ya" , "Tidak", "Cantik" atau "Tak Cantik" ketika saya menanyakan pendapat. Jadi saya hanya biarkan pendapat sendiri memainkan peranan.

Saya akui saya memang tidak berapa pandai berfesyen tapi naluri wanita memang inginkan sesuatu yang cantik atau diri nampak 'presentable' depan orang ramai. Gaya saya ke office amat berbeza jika dibandingkan dengan gaya saya keluar bersiar-siar. Ke office saya hanya tahu pakai baju kurung atau suit sahaja, tidak lebih tidak kurang. Mungkin environment di tempat kerja saya yang menidakkan saya untuk memakai baju yang luar daripada kebiasaan? Hmmm... Tetapi jika di luar waktu kerja atau hari minggu, mood untuk melaram itu ada, terutama jika keluar 'date' dengan Hubster. Hehe. 

Saya masih berjinak untuk menjadi seorang Hijabista tetapi hanya dari segi pakaian bukan hijab kerana Hubster sudah memberitahu awal2 bahawa beliau memang tidak suka melihat saya pakai hijab lilit pelik bak sarang burung tempua. Haha. Itu memang kelakar. Saya sendiri pon tidak suka untuk menghabiskan masa yang lama untuk melilit. Cukuplah sekadar tudung syria yang senang, mudah dan simple. Hanya mengambil masa beberapa minit untuk siap. Koleksi tudung syria makin bertambah kerana colour2 yang amat menarik di pasaran. Kini, boleh dikatakan saya ada almost semua colour yang ada :) Boleh digayakan dengan semua baju dan mengikut colour yang diingini.

Saya amat sukakan kombinasi color-block atau striking yang mana menjadi trend masa kini. Bukan lagi terlalu mengikut matching ke tidak. Gadis Hijabista kebanyakannya makin berani menggayakan pelbagai color dan gaya mengikut peredaran dunis fesyen.

Saya masih baru berjinak2 dan bukan full-pledged Hijabista. Hanya perasan untuk jadi one of them. Haha. Mungkin harus terus berdiet untuk kelihatan langsing ketika menggayakan sesuatu baju? Insya Allah.

Bulan puasa makin dekat. Tidak sabar untuk berjumpa Ramadhan. Tapi puasa masih ade 2 hari untuk diganti. Camne?






5 comments:

Mya said...

stylo!
i like!

Jee Abdullah said...

thank you maya...me shy shy cat one lorrr.. :)

Anonymous said...

salam..nak tanya...pernah beli dress kat poplook kan?biasanya amik saiz uk berapa ye?sbb sy pun nak beli tp takut x muat...

Jee Abdullah said...

hello...yes, i penah beli dress kt poplook. i bought L size dress which could fit up to UK12.

Cik Sibuk said...

Tgk pic no 3 tu ingatkan tgh promote produk ke ape..pastu kat pic no 5 baru prasan..ooo amik gamba pakai kamera phone depan cermin rupanya..gegege

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...