31 March 2015

The Beautiful Moment : My Labour Story

Assalamualaikum lovelies :)

Alhamdulillah harini anakanda tercinta #wannaurasafeeya sudah mencecah 81 hari. A very good girl she is. Semoga kekal menjadi anak yang baik sampai bila-bila. Inshaa Allah.

Cepat je rasa masa berlalu. Rasa macam baru semalam saya melahirkan beliau. Dan saat melahirkan itu akan jadi saat yang tak akan saya lupakan selamanya.

(Be prepared for a very long entry.hehe)

6 January 2015 (Selasa)

At first, I thot I would deliver at 38 weeks (in Dec) sbb baca byk pengalaman bersalin anak pertama awal 2 minggu. Waited and waited until new year still xde tanda nak bersalin. So macam biasa pegi appointment for 39 weeks with Dr.Idora on this date. Dalam hati hopefully this will be the last appointment sbb dah tak larat nak bawak perut yang maha besar. Dr.Idora scanned and baby's weight stood at 3.45kg. Since saya ada GDM (diabetes during pregnancy), Dr.Idora suggested for me to be induced as she was concerned the baby might grow bigger and I would hv difficulties to push later. Hubster was too excited, he said yes before me! Doc kata anytime but not beyond 40 weeks. So Hubster kata kalo boleh nak deliver on Thursday (8 Jan) for cuti purposes actually (cuti ehsan company bagi 2 days). And so, Doc suruh admit tomorrow. Oh my! berdebar tak ingat dunia time tu. Balik rumah packing apa yang patut. Hospital bag dah letak dalam kereta since 7 months lagi. Then Mama asked me what else I craved so that she can cook for me before the big day. Nervous punya pasal dah takde selera makan. Malam tu pulun makan sago gula melaka yang sejukkk. Dap dap!

39 weeks & swollen
7 January 2015 (Rabu)

Pagi sebelum ke hospital saya makan roti bakar sekeping, telur separuh masak 2 biji and segelas milo campur butter. Untuk tenaga sebab jap lagi dah kena induce. Sampai hospital lebih kurang pukul 8.00 pagi. Usai registration, masuk dok diam dalam bilik. Nurse datang pasang meter to check contraction and check apa yang patut. Then dalam pukul 10.00am camtu Dr.Idora dtg. Saya ingat induce terus pakai drip. Rupanya masuk ubat ikut bawah. Huwaaaaa! Rasa macam nak tampar orang je bila ubat tu masuk ke dalam. Bukan apa, dia sakit2 ngilu. Huhu. Lepas masuk ubat tu ade la rasa contraction sket2. Tak intense pon. Sakit2 manja gitew. Chewah. Petang tu Dr.Idora dtg lagi cek bukaan. Bukak 1 cm je. Doc suruh tunggu lagi esok. Malam tu bleh tido macam biasa sebab tak sakit sgt lagi. Amalan surah Maryam dan bacaan doa Nabi Yunus tak putus2 sepanjang berada di wad.

8 January 2015 (Khamis)

Pagi Dr.Idora datang and sekali lagi cek jalan. Baru bukak 2cm. Ade improvements sket kata Dr.Idora. So dia masukkan 2nd dose ubat and huwaaaa lagi sekali. Setiap kali Doc datang setiap kali tu dia cek jalan. Berair mata dek non. Huhu. Ptg dia dtg bukaan dalam 3cm. So dia kata macam tak sempat je nak deliver harini sebab jalan baru bukak sikit. Untuk sampai 10cm lambat kata dia. Lagi2 first baby. So, untuk cepatkan bukaan apa lagi, saya tawaf satu hospital. Doc ade cakap kalau tak tahan sakit bleh mintak pain killer. Malam tu things a bit different dah saya rasa sebab macam tak boleh tidur sbb sakit macam makin kerap. Saya requested for pain killer (pethidine) for me to sleep sbb takut tak cukup tenaga nak push nnt. Nurse kata kalau nk inject kena trus masuk labour room dah and kena stay sampai delivery. Lepas masuk labour room, nurse cek bukaan and 4cm je br bukak. sakit macam apa pon br 4cm??? So she injected the pain killer and i can sleep tho dpt rasa contractions makin lama makin kerap.

9 January 2015 (Jumaat)

Contractions seemed to get intense. Pagi Doc datang cek bukaan dah masuk 4-5cm. This time baru dia pasang drip. She said by midnite inshaa Allah fully opened. Haih. Nak tunggu midnite tu Allah saja yang tau. Mama and Mommy (MIL) ada with me all the time. Usap kepala, usap perut. Hubster tak putus2 bacakan saya Surah Maryam. Mama pesan jangan putus baca doa Nabi Yunus (La Ilahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzalimin) dan jangan lekang sebut Allah masa menahan contractions. Petang tu saya bagitau sakit sangat macam nak push. Nurse datang cek dia kata 5cm. I was like whattttt???? Bila Dr.Idora datang around 8-ish pm tu dia tanya saya taknak cuba epidural ke sbb bukaan saya lambat. I said NO. I wanna try the natural way. Dah tau dah what are the side effects so I better not taking any epis. Bila Doc cek bukaan rupanya dah 7cm. Doc kata nurse mesti salah estimate. She said patutla saya dah mula tak tahan sakit. So dia pecahkan air ketuban. I can feel macam lendir gitu dripping down under. Right after tu terus dapat rasakan contractions makin lama makin kerap. Doc cakap pakai gas kalau tak tahan sakit. Konon masa tu nak berlagak hero taknak guna bantuan gas but I surrendered. Sekarang baru saya tau macam mana sakit nak beranak yang sebenarnya. Patut la sebelum ni nurse cakap tu sakit main2 je. Belum nak beranak lagi.

Labour room & in pain
10 January 2015 (Saturday)

Seriously, the pain tu tak boleh nak diungkapkan dengan kata2. Rasa sakit memulas2 macam sembelit. Every contractions boleh rasa the baby was going down, mcm nak buang air besar mcm tu. Saya tak tahan saya ckp kt Mama saya nak push. Nurse datang lagi skali cek bukaan dah memang 10cm. Then dia call Dr.Idora. Alahai. Nak tggu Doc datang lamanya rasa. Saya cakap saya dah tak tahan betul so nurse silangkan kaki saya. Dalam 1/2 jam gitu barulah Doc sampai. Nurse tarik kaki saya and letak atas pedal untuk push. While Doc tgh bersiap pakai glove, mask etc, saya tanya "Dr, can i push now?" Dr.Idora cakap "jangan, nanti dulu". Kuasa Allah yang maha agung, bila datang contraction, baby meluncur keluar dengan sendiri tanpa saya push. Saya boleh nampak baby macam melayang keluar sekali dengan air ketuban. Dr.Idora tak sempat nak pakai apron plastik tu pon and nasib baik dia cekap sambut the baby. Alhamdulillah there she was. My baby. Born at 1.20am.

Fresh from the oven
Rasa macam mimpi je dah selamat bersalin. Since terlampau byk sgt sedut gas, rasa macam mamai je. Bila Doc letak the baby on my chest for the first time tu rasa macam high. Saya dgr Doc & nurses cakap congrats tp still mcm takleh register spa yang jadi sebenarnya. Effect gas tu. Dengan mata tak nampak lagi. Lepas dah siap Doc keluarkan uri & jahit tear, barulah saya macam sedar sket and Hubster letak the baby on my chest and baru nampak her clearly. Time tu saya rasa sebak sangat sampai saya menangis sebab bersyukur sgt dengan kurniaan Allah yang sgt2 indah buat kami sekeluarga.

Day 1 after shower

Terima kasih Allah untuk segalanya. Usaha dan doa kami selama ini Allah makbulkan jua. Akan kami jaga dan berikan kasih sayang sepenuhnya buat harta pinjaman Allah yang sementara ini.

Inshaa Allah :)

Juga saya doakan semoga rakan2 TTC yang masih berjuang supaya beroleh rezeki yang paling manis jua nanti. Jangan berhenti berharap. Sesungguhnya Allah mendengar dan maha mengetahui.

Day 80

Ibu & Naura


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...