26 October 2011

Menu Lunch on Deepavali

Helllooo lovelies! Hope it's not too late to wish all my Indian friends a happy Deepavali.

Bestnya dok rumah time-time cuti macam ni. Bukan selalu ade masa nak bercuti kan. Nothing much to be done at home except for kemas2 ape yang patut kat umah ni. Al-maklum ler hujng minggu ni omak mentua den nak datang. Kena la bagi umah kemas sket ye dok? hehehe. 

We had our lunch at home despite the invitation to join Encik Suami's bestfriends for eating out. I think since it's cuti time, we should just stay at home and enjoy every seconds of it. Betol tak? I think I have my point there. :) kekekeke !!

Maka mulalah akak bergoyang pinggul di dapur ye adik kakak sekalian. Today's menu sangat simple hokay. Dua lauk sudey..tak yah banyak2. Kang nanti membazir sape nak jawab?? Bukan ke membazir itu amalan syaitoooonn?? Sekian. 

Lauk2 yang dihidangkan untuk santapan adalah sotong tepung crispy and also chicken sweet sour. Sedap sampai Encik Suami tak berkata2 masa makan. Hehehehe. Bahagianya bila suami cakap masakan saya sedap. Completely contented :).

Sweet Sour Chicken

Sotong Tepung Crispy

Kalo ade sesapa teringin nak try sweet sour chicken tu, meh sini saya ajarkan. Senang je. Kalo ikut cara-cara kat bawah ni gerenti jadi punyaaaa!!

Sweet Sour Chicken

Bahan-bahan

Fillet Ayam
1/2 inci halia 
5 ulas bawang putih 
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Tepung jagung
Lada hitam (ditumbuk hingga jadi serbuk)
Garam 
Gula

Cara-cara Penyediaan

Perap fillet ayam bersama lada hitam dan garam selama 20 minit. Kemudian, lumurkan fillet yang telah diperap dengan tepung jagung dan goreng sehingga kekuningan. 

Untuk kuah, tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Panaskan kuali dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. Masukkan sedikit air, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata. Jumlah kuah bergantung pada individu dan boleh ditambah air lagi jika suka. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lastly, masukkan fillet ayam yang telah di goreng ke dalam kuah tadi dan kacau selama beberapa minit. Angkat dan hidangkan. (Boleh juga tambah buah tomato dan timun jika suka).

Senang kan? Ayam saya tiada sebarang sayur yer adik kakak sebab Encik Suami memang tidak suka sebarang sayur-sayuran. Kalo tidak, beliau memang tak akan makan. Sangat tak best kan?? By the way, untuk mencantikkan hidangan, boleh la kalo nak letak timun dan buah tomato. Lagi nampak sedap kot. OKlah, selamat mencuba! Till the next post yah..bubbye!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...