Daisypath Anniversary tickers

12 August 2013

Eid-Ul Fitr 2013 - Day 1

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Hari ni raya ke-5. Saya sudahpun mula menuai. Tengok sekeliling office, lengang. Para bos masih lagi bercuti raya. Tinggallah macai ni untuk jaga kedai. Maklumlah, sebelum raya haritu dah bercuti awal daripada orang lain. Huhu

Raya tahun ni giliran saya beraya di Kota Bharu. Sampai umah Mama sehari sebelum raya (Rabu). Jumaat sebelum sehingga Selasa saya pulang ke Penang, jumpa keluarga mertua. Mertua saya keduanya orang Kelantan tapi berhijrah dan settled down di Penang. Hubster pula anak manja. Lagi2 bila beliau anak lelaki bongsu. Haruslah peluk cium mak dulu sebelum balik kampung bini. Hikhik!

Persiapan raya pretty much mama dah uruskan like tukar langsir, kemas rumah etc. Cuma lap2 cermin tu je maid kakak tolong buatkan a day before raya tu. Me and kakak tukang buat desserts lah ape lagi. Mom bahagian buat kuzi ayam & roti jala. Kakak made carrot cake. Hers is the best i tell u! I made chocolate cake, red velvet cupcakes and pavlova. Banyak la pulak desserts compared to main dish. 

Kuzi ayam with roti jala / roti memang hidangan wajib di pagi raya. Kalau takde rasa raya takde makna. Everyone loves mama's kuzi ayam. Pagi2 rumah mesti kena serbu for breakfast. Tak buat kuzi ayam nanti kena bebel dengan sedara. Diorang cakap sebab utama diorang looking forward is kuzi mama. Kembang semangkuk mama bila orang puji macam tu sekali. Hewhewhew.

Lepas makan, terus pegi lawat kubur arwah papa. Sedih sangat. Tahun ni tahun ke-2 tanpa arwah. Kalau arwah ade, pasti dia orang paling happy sebab semua anak balik berkumpul. Pasti riuh. 

Balik dari kubur, sesi bersalaman bermaafan dan bagi duit raya. Anak2 saudara happy, chesu lebur.hukhuk! Bila time salam ngan Hubster, terus kena sound, "harini minta maaf, esok buat lagi". Alah, macam tak biasa. Hehehe. 

Tengahari tu terus pegi Pasir Mas, kampung arwah Papa sebab sedara ramai kat sana. Lawatan muhibbah dari satu rumah ke satu rumah. Makanan masuk macam-macam sampai perut pon sendat. Nasib baik baju raya versi jubah dress / modern abaya. Coverlah sikit perut. Penat yang amat. Hampir maghrib baru gerak balik rumah.

Malam tu baking lagi. Kali ini red velvet aje untuk open house rumah Kak Long esoknya. Will blog about it later.

Till then, enjoy your Raya peeps. Looking forward to read about your raya story tooo!!




yours truly :)

salam lebaran from both of us xx
mama my everything :)
Anak2 sedara dah outgrown chesu. haih!
1st nephew, 2nd nice & 3rd nephew
Sorry banyak2 mom








2 comments:

Muis Ismail said...

wahh cantik baju raya jee
terberkenan pulak kita ni..
cari abayala jugak utk raya haji nanti.hehehehe

Jee Abdullah said...

tq muis syg...ni baju bidan terjun nama dia. ade kisah di sebaliknya. beli pon sehari b4 blk KB.ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...