Daisypath Anniversary tickers

01 August 2013

Perut Sendat Hati Gembira

Ini cerita malam semalam. Beriftar di Carnaval Churrascaria, a Brazilian BBQ buffet restaurant, Damansara. Semua hidangan pakai skewer. Macam-macam ada. Untuk salad, veges, soup and veges dia hidang macam buffet biasa so that you could go and take whenever you want. Macam daging, kambing, ayam semua tu nanti dia akan datang from one table to another, hiriskan untuk kita. Serious sedap sangat. Paling saya suka mestilah grilled meat dan garlic meat. Pemakan daging tegar, stok karnivor. Haha

Ini tahun ketiga beriftar di sini dengan ex-rakan serumah merangkap classmates masa UITM dulu. Semua pun lawyers. Ade keje AGC, firm and also in-house counsel. Pendek kata semua budak hingusan and malas gi kelas dulu dah berjaya lah semuanya. Termasuklah saya. Berjaya ke??

Lepas UITM, saya memang tak join service. Sebab terikat dek biasiswa the Bank. Most of these peeps join service so they diorang selalu jumpa each other. Kalau nak berkumpul begini, time Ramadhan ajelah. Ini memang our yearly get together. Setiap tahun pasti berkumpul. Dulu ade juga makan di restaurant lain tapi sejak 3 tahun lepas masing2 mmg kena makan kat Carnaval ni. Entah ape jampi org kedai tu pakai. Minta dijauhkan.

Setahun sekali ni ajelah masa untuk hapdate antara satu sama lain like who's getting slimmer, fatter, where to go for holidays, etc etc. Memang gelak sepanjang masa, reminiscing our good old days masa UITM law school dulu.

Dan aktiviti yang mesti ada is of course lah camwhoring!! Then lepas tangkap gambar masing2 whatsapp dalam group, takpon terus update FB or Instagram. Haha

Oklah, kalau sesapa berhajat nak ke Carnavale Churrascaria tu ni alamat dia. Per pax dalam RM67 camtu. Memang puas hati sampai perut pon naik sendat.hehe

Carnaval Churrascaria

77, Jalan SS22/19
Damansara Jaya 
47400 Petaling Jaya
Selangor
















2 comments:

Muis Ismail said...

bestkan dpt jumpa kwn2 time uni
bersembang tak hengatla.hehe

Jee Abdullah said...

betul tu muis. memang cakap non-stop. best sgt sbb sethn skali jmpa so byk bnda nk kna catch up.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...