Daisypath Anniversary tickers

28 August 2013

Berangan Versi TTC

Semalam saya buat ovulation test. Tengok result ade 2 jalur. Maksudnya semalam saya ovulated. Then bagitau Hubster, kan best kalau OPT ni sebenarnya UPT. Sure hati girang tengok 2 lines. Angan2 mat jenin betul.

Then harini bagitau Hubster, rasanya macam bulan ni tak menjadi lagi. Sebab saya sibuk sangat kat office, then jarang bersama sebab penat. Balik2 je mesti nak baring dulu. Dah baring tu memang terus terbang ke Korea lah. Eh eh perlu ke Korea tu?ehehe

Hubster cakap takpelah. Jangan difikirkan. Pastu lepas ni jangan fikir bersama sebab nak anak. Semuanya bergantung di tangan Allah. Dah kalau Allah cakap bukan rezeki kau lagi, so be it. Panjang lebar beliau bersyarah di pagi hari sambil hadap jam otw nak pegi keje. 

Biasa takde la kami harung jam. Office ngan rumah sekentut aje. Kalau clear takde kete 10 minit aje. Tapi minggu ni orang tutup jalan kat Dataran Merdeka, raptai Hari Kebangsaan. Menyusahkan betul lah.

Semalam saya belek2 goodie bag yang saya dapat masa pegi birthday party cum aqiqah cum open house anak cousin Hubster. Baru teringat ade polaroid picture ni. Berangan lagi. 

Sweet je kan kalau ade anak, ambil gambar bertiga camni. 


Cycle period saya so far alhamdulillah dah teratur, every month mesti datang. Cycle terbaru 33 hari. Belum buat appointment lagi dgn Dr.Adilah. We'll see next cycle camane. Ingat nak amik supplement Shaklee. Dah contact kawan nk order set subur + set kurus. Kali ni nak try amik supplement plak. Mana tau kan.

Saya dah try Clomid tapi nampak macam tak jalan je. Haritu Dr.Adilah suruh amik injection and then baru IUI. Hubster kata nak pikir dulu sebab kos tu agak mahal. Injection + IUI semua skali dalam RM2700. Kos infertility treatment Bank tak cover. Kena bayar dulu then later boleh claim from Flexi. 

Takpelah. Orang kata kita ikhtiar selagi mana mampu. Saya takkan putus asa. Demimu, anak.


4 comments:

Mya said...

akak pun penah ambik clomid.
pun rasanya tak jalan :(

sweet tooth said...

No wonder jln istana jam... Huhuhuhu.... N'way, smg Allah permudahkan urusan TTC dan usaha kalian berdua diberkati.... Amin... :-)

Jee Abdullah said...

kak Mya, tulah kan. kena buat injection dah. ubat clomid tu dah immune. haih. bertabahlah!

sweet tooth, tq for ue prayer. insya Allah :)

InaAchik said...

usaha ikut daya...
kemudian berserah pada yg Esa
pasti ada jika rezeki anak milik kita. cepat dgn lambat sahaja.
jika tidak, Allah sdg aturkan yg terbaik utk kita.
jgn sedih ya. ni kwan senasib dtg ziarah ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...