Daisypath Anniversary tickers

13 August 2013

Eid-ul Fitr - Day 2 & 3

Raya Day 2

Raya ke-2 open house rumah kak long di Kampung Kota. Tiap-tiap tahun mesti buat. Banyak makanan, ramai orang. Lupa nak snap gambar makanan sebab sibuk snap gambar sendiri. Vainpot sangat okeh! Open house started around 10.00am. So makan breakfast rumah kak long lah. Rumah mama tutup terus. Duduk bertabuh seharian rumah kak long.

Tengahari tu lari sekejap pegi aqiqah Syahmi Daniel, anak BFF saya, Wan Elhami (Mimiey aka Matey). Pergi saing dengan BFF lagi satu, Wan Edani. Kawan baik, nama pon dekat2. Walaupon saya tiada pangkal Wan tapi takdir saya berkahwin dengan orang yang ade pangkal nama WAN. Epic sangat kan? Surrounded with these WAN clans.

Duduk umah Mimiey tak lama. Sebab nak kejar solat Jumaat. Kami perempuan sembang biasalah mcm2 cerita, daripada baju, kasut, handbag, gossip sini sana. Geng lelaki jumpa tiada topic lain. Bola jugak jadi pilihan. Layankan aje. Usai sembang, minta diri. Hubster hantar saya balik ke rumah kak long, beliau ke masjid lah solat apa lagi.

Lepas Jumaat, orang sambung datang open house. Ramai yang amat. Nasib rumah besar dan luas. Pastu kawan-kawan kitorang datang jugak. Jaha Meli (nama glamour kampung beliau), Azie & lil princess Aisyah. Shidee dan Nana kawan Hubster masa Maxis dulu. Jaha kawan saya masa MRSM, then masuk UiTM berkawan baik sama Hubster. Sebab dialah saya dan Hubster bertemu. Ececececehhh. hehe. Lama jugak sembang. Macam2 cerita. Lagipon, macam dah lama tak jumpa dan borak. 

Open house habis dalam pukul 7.00pm. Penat gilak. Bukan penat ape. Penat buat-buat busy. Eheh.

Oh ye. Baju biru ni kurung cotton. Beli masa pegi Ho Chi Minh haritu. Beads penuh sampai perut panjang dia tapi takdelah saya tunjuk. Tudung haruslah labuhkan. hehe. Harga cuma RM55.00. Berbaloi-baloi.





Raya Day 3

Raya ke-3 cuma sempat visit 2 rumah je pagi tu. Tengahari sikit terus shoot ke Pasir Mas sebab sepupu nak nikah lepas Zohor. Cantik je beliau. Baju meletup. Pelamin plak so amazeballs! So cantik. Rasa macam nak kawen lagi skali. Pakej pelamin tu dia amik from Qaseh Inspire Bridal. 

Btw, again saya pakai baju beli dari Ho Chi Minh. Yang ni mahal sikit sebab ade patched lace. RM60.00. Murah la kan kalo nak banding beli kat sini. Haritu jalan2 sebelum raya, tengok harga sampai RM216.00. Nanti saya blogkan pasal Ho Chi Minh ni. Mana tau boleh jadi panduan future shoppers yang nak pegi sana.

Hmm... Bulan November ni mahu ke sana lagi. Tak sabarrrrr!!!

me & sister no.2
My niece no.2

Cousin, Atieah Ahmad
Lovebirds

Cantikkan pelamin ni??
The newlyweds :)
Pukul 11.00pm saya bertolak ke KL semula. sobsob. Time flew so fast. I wish could stay longer in KB. Tapi tulah. Sebab tahun saya ikut suami terpaksa bercuti awal dan korbankan cuti selepas. Kena jaga kedai la katakan. Tahun depan mesti qada' habis-habisan. 

MESTI!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...