Daisypath Anniversary tickers

31 July 2013

Isu Anak & Poligami

Sekarang ni tengah heboh cerita poligami Asyraf Muslim. I feel pity for his first wife, Dayana. From what I've read, sebab utama poligami adalah faktor ketiadaan anak. Sensitif sangat. Kalau sebab anak, suami nak kawen lain memang agak sedih la bagi isteri pertama. Nikah pula di Thailand sana. Beritahu isteri pertama pon tidak. Tambahan, diketahui melalui flight itinerary. Jika kita berada di tempat Dayana ketika itu, hancur luluh hati kita bukan? Tapi siapa kita untuk menghakimi? 

Saya dan teman ofis memang selalu follow cerita Asyraf Muslim ni. Makcik kepoh sangat. Apakan daya interesting story must be shared. Haha. 

Saya dah 3 tahun kawen. Mencuba dan terus mencuba. Tapi apakan daya. Allah masih belum bagi rezeki ke arah itu. Saya pernah bincang isu Asyraf Muslim berpoligami sebab anak bersama Hubster. Respons Hubster mudah. Jangan fikir sangat. Yang penting dia cinta saya selamanya walau kami ditakdirkan tiada anak. Sebak tetiba. Airmata laju je mengalir. Hubster memang terlalu sayangkan saya. Berulangkali dia cakap dia tak pernah kisah kalau kami tiada anak. Tapi saya tau jauh di sudut hati, beliau memang inginkan anak. Sapa dalam dunia ni tak maukan anak kandung sendiri? Hubster pernah beritahu dia ok kalau kami nak amik anak angkat. Dia kata dia tggu green light saya aje. Tapi ibubapa kami membantah. Saya juga belum sedia untuk amik anak angkat. Kalau boleh masih mahu mencuba. Syukur saya dikurniakan suami yang begitu memahami. Beliau tak pernah jemu sayang dan cintakan saya. Terlalu protective, sehinggakan saya tak dibenarkan memandu sendiri if he's around. 

Insya Allah lepas raya will resume treatment with Dr Adilah Ahmat again. I stopped seeing her for the last 2 cycles sebab badan naik mendadak gara2 ubat subur. Sebelum ni Dr Adilah selalu kasik Duphastone to regularize my period cycles. Last 2 cycles, I stopped taking them and alhamdulillah period OK and the cycle is getting better each month. Previously, my cycle would be 33-35 days (with Duphastone) but now around 28-30 days (without Duphastone). Alhamdulillah berkat usaha buat Laps and ovary drilling haritu agaknya. Mengikut Period Planner which I installed in my phone, the next period would be on the 7th of August 2013. 

Bulan ni masih lagi menunggu ketibaan berita gembira. Manalah tau rezeki bulan Ramadhan. Hikhik.

Oklah. Nak continue kerja. Nanti kena chop makan gaji buta pula. Sudahnya, bonus akhir tahun kena slashed. Nauzubillah!

Bye.



6 comments:

zarith said...

emo juga dengan isu asyraf muslim ni..

Insyaallah, sama-samalah kita mencuba yang terbaik untuk dapat baby.

Eh lagi satu.. doktor adilah tu doktor yang kena ragut baru2 ni ke?

Lin Hasbullah said...

rasanya majoriti mmg emo kot isu ashraf muslim ni...hehe

anyway, semoga ada rezeki utk dpt baby di bulan Ramadhan ni...insyaAllah ameen...

Jee Abdullah said...

Zarith, tulah kan. kita pompuan ni emo bab2 poligami nih. semoga kita semua berada di bawah lindunganNya sentiasa. insya Allah. btw, dr kena ragut tu dr.delaila SDMC, bukan dr.adilah hospital pantai.

Lin, tq sebab doakan saya ikut jejak Lin :)

Muis Ismail said...

Salam jee,
Tulah letih sbnrnya nk ckp psl anak ni
Suami konon mcm cool kan tp kita isteri ni sedihnya alahai tuhan sajalah tahu..
Xpe, insha allah ada rezeki kita nanti :)

::EIDA:: said...

ida dulu suka dgn AM ni, skrg tak minat. heyy dah kenapa die mesti kahwin senyap senyap. tabahnye Dayana ;(

Jee Abdullah said...

Muis, sama2 kita doakan yek!yang penting kita happy dan bahagia dgn kehidupan kita.

Eida, tulah kan. Dayana kita nmpk tabah tapi tak tahulah cemana dia sebenarnya. sedih bila ngingatkan.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...