02 July 2013

Satay oh Satay

Assalamualaikum.

Alkisahnya Sabtu adalah diisytiharkan sebagai hari duduk di rumah sepanjang hari. Hubster teringin makan satay. Sebelum tu terpengaruh tengok Farah post satay, kuah kacang dan nasi impit di Instagram. Makanya, isteri jadi mangsa tukang buat satay.

Ah sudah. Mana nak cari resipi satay sedap? Termenung kejap. Google cari resipi, semuanya complicated. Last2 amik handphone dial number Mama. Bila belek buku resipi rupanya Mama pernah bgtau resipi kuah kacang dan satay. So apalagi ke dapur kita.

Masuk dapur jam sudah pukul 3. Konon nak buat untuk lunch tapi terlajak makan dinner lah. Sebelum tu ke Ong Tai Kim cari bahan. Resipi satay Mama senang aje. Tak banyak bahan dan tak renyuh. blend segala bahan, perap dan rupanya dah ade tukang volunteer nak cucuk. Lihat saja aksi beliau di bawah. Hikhik

Kuah nasi impit Mama memang saya suka. Setengah orang suka kacang ketul2 tapi saya lebih suka blend kacang jadi halus. Ini kali pertama buat satay dan kuah kacang. Berdebar2 takut tak jadi. Resipi Mama saya ikut step by step. Alhamdulillah, semuanya jadi. Exactly macam satay dan kuah kacang Mama.

Memandangkan kami tinggal di bangunan tinggi, so xde la tempat nak bakar satay. Jadinya bakar dulu pakai oven sampai separuh masak, kemudian lalukan atas dapur gas. OKla tu. Asal rasa macam satay. Hihi.

Lepas hidang, duduklah kami suami isteri makan berdua. Hubster macam biasa puji satay dan kuah kacang sedap. "Dah boleh buat jual ni yang" kata beliau. Haha. Dalam hati berbunga riang. Nanti nak buat lagi lah!


1 comment:

~Mami Little Hero~ said...

Jip

Akhirnya berjaya u buat satay. Lama2 kalu u sokmo2 buat nanti dah tak renyah jip. Rasa sekejap je. I main campak2 je as long as ada rasa macam satay baung sudah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...