Daisypath Anniversary tickers

16 July 2013

Nafsu Nafsi

Puasa tahun ni kalo diizinkan mahu berbuka di rumah sahaja. Last year boleh dikatakan hampir setiap hari berbuka di luar bersama kawan-kawan. Kawan saya ramai, begitu juga kawan Hubster. Jadi kena la ikut giliran hari memasing. Penat makan, duit juga lebur. Pasrah.

Tahun ini Hubster kata tak mau selalu makan luar, tak perlu masak weekdays, hanya weekend sudah memadai. Walau rumah dekat sekentut dari tempat kerja, Hubster tak kisah jika lauk pauk berbuka adalah hasil belian semata. Nasib baik cafe di office ade jual lauk pauk. Tapau sajalah senang. Tapi memang adat bulan puasa, lauk pauk tu bukan semua sedap. Tengok jenis masakan. Kalau tak sedap, jadilah makanan tong sampah. Kan dah membazir tu. Ish ish ish.

Weekend lepas saya dan Hubster balik Penang jenguk MIL yang warded akibat high BP. Kesian beliau, dah la BP tinggi, pastu segala mak nenek la datang, kolestrol, kencing manis etc. Agaknya faktor usia. Nauzubillah. Minta dijauhkan. 

Weekend ni plak saya nak balik KB. Yeay! Sudah bagitau Mama list makanan favourite. List teratas haruslah ayam percik homemade. Bestnya. Tak sabar nak balik. Kecur pulak air liur time puasa gini.

Oklah. Takde modal dah.

Bye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...