Daisypath Anniversary tickers

18 July 2013

Jangan Membazir

Bulan puasa ni nafsu makan memang macam gajah. Segala benda nak beli. Bersederhana sudahlah. Oops! pandai nasihat tapi diri sendiri yang terjebak. Hewhewhew

 Ini cerita buka hari Selasa lepas. Al-kisahnya saya sudah tempah set lauk dan kueh untuk berbuka daripada che dan. RM15 dapat sambal udang, ayam masak halia, pecal dan 4 kuih seri muka. Kalau ikutkan dah lebih dari cukup untuk kami berdua. Tapi biasalah kan, dah ade lauk gatal jugak pegi jenguk ke cafe. Sudahnya, lauk bertambah. Saya beli ayam masak hitam dan daging black pepper. Then Hubster plak call dia kata beli lauk jugak ayam varuval. Haaaa sudah. Banyaknya lauk walhal hanya makan berdua.

Itu hanya lauk pauk, belum masuk bab kuih muih. Dah ade seri muka, tambah lagi pengat pisang, muffin chocolate dan cempedak goreng. Ya saya tahu ini adalah nafsu semata sebab lepas buka masih ade banyak lauk yang terhidang. Sudahnya, saya pack dalam tupperware dan ke peti ais lah mereka. Sahur kemudian, panaskan dan masih sedap! Nasib baik habis masa sahur, kalau tak ke tong sampah la jawabnya. Haih.

Hubster pesan lepas ni tak payah nak membeli belah sangat. Cukup 1 atau 2 lauk sahaja. Panjang lebar la plak ceramah suami beta. Takpelah layan aje. Hehehe.

Harini insya Allah berbuka di luar bersama kawan-kawan Hubster. Cepatlah buka sebab tadi tak bangun sahur sebab masing-masing tutup alarm pukul 4.30am then tak dengar dah alarm seterusnya. Huhu.

Oklah bye for now :)

2 comments:

Mya said...

cantik tikar atas meja tu.
beli kat mana eh?
i takde alas meja lagi.
hari2 makan alas paper. sadis betul

Jee Abdullah said...

kak maya. tikar alas meja tu beli kat kelantan. alas paper lg menyenangkan.lepas makan zass je buang. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...