Daisypath Anniversary tickers

29 July 2013

Cerita Hari Minggu

Weekend lepas kakak ajak berbuka di rumah beliau. Lagipun kami berdua free. So zass terus ke Subang Bestari sana. Menu ala Barat gitu. Ada spaghetti bolognese, chicken chop with brown mushroom sauce dan potato salad. Kuih berbuka juga ala Barat. Ada Daim cake dan apple pie.

Berbuka like a king gitu. Sesudah buka perut kembung penuh air. Mana taknya haus yang amat. Bahang panas terik petang tu. Alhamdulillah sedap kakak masak. Mewarisi bakat daripada Mama. 

Saya memang suka berkunjung ke rumah kakak. Sebabnya ada budak kecik ni. Arman Adeel nama diberi. Anak buah saya ke-7. Comel bukan? Dah nak masuk 8 bulan raya nanti. Baru 2 minggu tak jumpa dia, dah tak berapa nak cam saya. Kakak cakap, dia dah start kenal orang. Payah betul nak senyum sekarang ni. Penat chesu jadi badut depan awak tau! 


Kalau ade yang follow Instagram saya, sabtu lepas saya ade berkongsi gambar bawah ni. Pakai tudung ala-ala fareeda. Mama belikan semasa trip ke Ho Chi Minh bulan Mei lalu. Supplier tu kata dia supply tudung ke fareeda tapi entah lah betul ke idok. Fareeda jual mahal weh. Ini sehelai dapat RM28 je. Berbaloi-baloi. Tapi sayang. Hakikatnya saya memang tidak ditakdirkan untuk kumpul tudung lapis-lapis ni. Saya letak caption ni "fareeda nyata tak seswaai dgn saya. so thinking of letting go dis piece. 1st time try & i don't like it. lgpon Hubster kata tak shariah compliant sbb singkat.haha." Ramai kawan komen tak sesuai. Nampak macam guru besar sekolah la itu la ini la. Kemain mengomen ye. Dan dan tak sesuai. Agaknya kalau saya letak caption "saya suka fareeda" then nanti ade la komen "Cantik. Sesuai sangat". Pfft. Whatevah.
Disebabkan komen-komen yang tak membina tu semua, maka hari Ahad keluar shopping saya kembali kepada fesyen tudung sedia kala. I am more of a shawl person. Tudung lilit2. Hubster kata saya ni hijabista sangat. Mentang-mentang tiap2 bulan subscribe magazine Hijabista. Hikhik. 

I'm wearing my favourite palazzo. Beli di butik Dang Anum, SACC Mall. Shawl cotton daripada L'adorn. Haruslah tutup dada. If not sure tak lepas punya. Hubster memang very particular tentang penutupan aurat. Insya Allah saya akan cuba untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

2 comments:

puanstoberi said...

Dedua seswai je kot akk tgk..comel je.. hihi.
akk yg lilit2 tu cam malas sket nak pakai sbb ada yg kena pakai ngan anak tudung. kalo tudung awning tu zasss.. terus siap je kan. Hikhik

Jee Abdullah said...

Tulah kekda. Hubster kata OK sy pakai cuma singkat je dia tak suka. Dulu saya pakai gak tudung express Ariani tu tapi sekarang ni gila tudung lilit2 plak.Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...