Daisypath Anniversary tickers

16 October 2013

Dugaan

Hari Khamis minggu lepas adalah CD12 dan appointment dengan Dr.Adilah. Macam biasa saya datang sorang je. Hubster takleh cuti. Sampai hospital dalam pukul 8.45am. Dapat giliran no.4. Nasib baik datang awal sikit drpd biasa. Kalau tak mesti kena tunggu lagi lama.

Dalam pukul 10.30am camtu turn saya. Mula2 Dr.Adilah bagitau pasal result blood test yang sy buat masa CD2. Doc bagitau my cholestrol level turun sikit je, from 7.3 to 6.9. Still not good. Must lower a bit more. Then my sugar level is the most worrying part. Normal should be around 7.0 and mine is 25.0. What???? Macam tak caya je. Ni nanti next appointment kena confirm betul2. My friend, a pharmacist cakap kalau 25 tu boleh terbalik meter bacaan. Dia suh confirm dengan doktor balik apa dia bacaan 25 tu. Huhu

Doc tanya betul ke saya makan Metformin tu sebab kalau makan the sugar level should reduce. So memang takleh tipu Doc. Kena la bagitau perkara sebenar. Huhu. Doc kata saya ni takdela badan besar benar macam some obese people. So she advised me to jaga makan. Take on low sugar, low salt and low everything. Saya saja je gurau cakap tak sedap lah nanti. Then Doc cakap memang tak sedap. Benda healthy memang tak berapa nak sedap. So kena paksa diri jugak walau mcm mana pon.
 
Doc buat TVS macam biasa nak cek telur. Tengok kiri takde yang besar. Belah kanan ade satu 10mm. Doc cakap Clomid dah takde kesan on me. Haritu Doc tambah dos pon still telur taknak besar. So kena la amik injection. Doc kata this cycle buat secara natural dulu. Then next cycle baru amik injection. Kena la sedia duit byk next month ni. Satu injection RM300. Doc kata max 5 injections, so RM1500.00. Then baru proceed IUI.
 
Dugaan oh dugaan. Banyak plak dugaan ye. Takpelah. Nak buat mcm mana. Allah nak uji. Tengok setakat mana tahap kental kita pada semua ujianNya.
 
Balik dari hospital, saya pegi amik Hubster kat office sebab nak bagi kereta. Dah time lunch so dia pon drive saya balik. Dalam kereta saya nangis puas2. Hubster comfortkan & suruh saya bersabar. Hubster cakap kalau dah takdir Allah tak bagi rezeki anak kita kena redha. Dia cakap "at least you got me! the clown of your heart!"
 
Senyum. Selalu buat saya kembali tersenyum.
 
Esok next appointment with Dr. Adilah. Tengok la mcm mana prestasi telur untuk CD19. Harap2 ade yang besar.
 
Bye.

8 comments:

Unknown said...

terharunya husband ckp mcm tu...

BaTiK_PiNk said...

Jee...suami kita (group TTC) inshaAllah suami yang terbaik dan pandai jaga hati kita masa dilanda kesedihan. Hubby Yani kadang-kala nampak tak mature, tapi once dia calm me down masa tgh sedih, ayat dia lebih tabah dari Yani....apa2pun Jee jaga kesihatan baik2 ye...

Sizuka said...

Jee, satu injection rm300? Injection ape?

Jee Abdullah said...

Umi & Yani : Alhamdulillah kita dikurniakan suami penyayang & memahami situasi kita. insya Allah kena terus berusaha & jgn mudah putus asa :)

Sizuka : Tak sure nama dia. Injection untuk besarkan telur.

Sizuka said...

Pergoveris ke? Bape dose?

Jee Abdullah said...

Sizuka, saya tak sure nama dia apa.Doc kata mayb 3 or 5 dos.Nanti satgi msk jmpa dia sy tanya.

sweet tooth said...

Jee, I doakan Jee terus diberikan kekuatan dan di permudahkan urusan... amin...

Jee Abdullah said...

Sweet,tq so much bagi kata2 semangat.semoga usaha kita semua warga TTC ni dipermudahkan Allah.Insya Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...