21 October 2013

CD23

Assalamualaikum.

Bersiaran secara langsung dari Jabatan Imigresen Malaysia. Gila lama nak tunggu giliran. Janji 1 jam siap tapi ni dah masuk 2 jam. Renew passport, untuk my November trip ni. Nombor sekarang adalah 1215 dan nombor saya 1237. Dah naik kematu montot ai ni tau. Huhu. Sambil2 tunggu turn, meh sini nak cite pasal appointment harini. Oh ye. Imigresen Mini UTC Sentul ni bukak until 10.00pm. Very convenient for us working community :)

Harini dah CD23. Hubster ikut skali sy check-up sebab dia pon nak bagitau Doc pasal seminal analysis dia. Pagi tadi sampai hospital lambat daripada biasa dalam pukul 9.15am gitu. Lepas register dapat nombor 17. Pergh! Memang hazab lah menunggu jawabnya. Then, saya turun bawah pegi lab buat blood test & MGTT i.e.minum air gula. Saya request kat Doc nak buat ujian tu nak tau kencing manis ke tak sbb insulin saya tinggi. Doc and kakak lab tu cakap jangan muntah minum air gula tu sebab memang teramat2 manis. Kakak lab kata bleh selang selikan dengan air masak. Saya telan jugaklah walaupon macam terpaksa. Alhamdulillah. Takde masalah bagi saya. Memang manis yg amat. Trick dia lepas minum selang dengan air masak seteguk. Tapi maybe sebab saya ni Mek Klate kot. Minum air gula is not a problem at all. Haha!

Harini org terlampau ramai kat klinik. Turn saya pukul 1.20pm macam tu. Doc buat TVS macam biasa. Belah kiri telur paling besar 11mm. Yang kanan ada satu 22mm x 21mm. Memang tengah cantik. Pintu rahim pon still terbuka, Endometrium 14mm. Lendir pon banyak. Memang sekarang betul2 tengah subur. Doc suh guna Ovidrel untuk stimulate ovulation. Nasib baik haritu dah penah beli and simpan dalam peti ais. Doc suh cucuk sendiri balik nanti. Hubster la orang yang kena buatkan.Hehe.

Saya tunjuk Doc result seminal analysis Hubster. Doc sub buat test skali lagi. A bit pricey but accurate. Lepas result tu baru tau Doc nak bagi ubat apa. So next cycle lah suh Hubster buat. Today Doc kata jangan buat cos sperm tu nak guna untuk this cycle. Doc suh bersama everyday starting today. Doc fixed next appointment next Wednesday.

Lepas jumpa Doc tadi turun lab balik nak buat blood test after MGTT tadi. After MGTT tadi kena tunggu 2 hours until the next blood test. Saya tadi patut pegi balik 12.30pm tapi lambat 1 jam sebab saya ingat boleh buat blk 2 hours or so. Rupanya kena exactly 2 hours. Tapi saya buat jugaklah cos Doc cakap kt kakak lab suh teruskan. Keluar hospital tadi pukul 2.00pm. The longest appointment I've ever gone through. Phewww!

Tadi Hubster dah inject Ovidrel. Alhamdulillah tak sakit langsung. Hebat gils Hubster. Dia biasalah berlagak. Kata dia dulu nak jadi doktor tapi apakan daya takdir buat dia jadi engineer. Puii! Haha

Harap2 takde masalah la bulan ni. Kawan2 TTC sekelian tolong doakan saya k!

Muahhh! love u all *group hugs*


1 comment:

Sizuka said...

Jee, penah x cucuk sendiri? Sy x pernah.. semua hubby buat.. klu buat sendiri x lut agaknye.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...