Assalamualaikum.
Pagi tadi appointment CD19 dengan Dr.Adilah. Sampai hospital agak lewat sikit dalam 8.50am. Bila register terkejut dapat nombor 10. Pukul berapalah orang nombor 1 tu sampai agaknya. Setau saya klinik bukak 8.30am. Hari ni memang ramai betul patients. Doc bukak klinik pagi petang. Saya masuk jumpa dalam pukul 11.15am macam tu. Sampai habis bateri main fon. Kejap FB, Instagram and haruslah Candy Crush. Hehe
Nurse Ida plak cuti raya lagi. Ade nurse lain ganti. Indian lady. Tapi nampak macam Doc runs the clinic on her own. Doc yang pggl my name msk. Masuk dalam, file plak takde. Nurse Ida simpan mana ntah. Doc pon taktau mana. Haih.
Doc suh baring buat TVS macam biasa. Tengok belah kiri memang forever kecik lah kantung telurnya 9.5mm je. Belah kanan Doc tunjuk ada yang dah membesar 18mm x 14mm. Dinding endometrium Doc cakap dah menebal 8.8mm. Pintu rahim pon dah nak terbuka. Cantik.
Doc predicted dalam sehari dua lagi saya ovulate. Doc tanya pernah ke buat OPK so I said pernah tapi rupanya salah cara saya selama ni. Doc kata takpe lah. Jumpa lagi hari Isnin ni nak tengok betul ke dah ovulate. So Doc advised untuk bersama selang satu hari starting today. Alhamdulillah. At least masih ade sinar harapan untuk kami berdua. Mula2 nak buat TVS tu I told Doc that my eggs were small masa CD12 but Doc nasihat jangan give up. Mana tau untuk harini ade telur yang blooming. Semua kuasa Allah. And so today alhamdulillah at least ade jugak telur yang besar.
Selesai urusan dah hampir lunch. Terus pegi office amik Hubster cos dia nak amik result Seminal Analysis yang dia buat 5 Okt haritu kat Poliklinik Lourdes. From the result, Hubster's number of sperms kurang. Normal patut ade 19millions but his only 10millions. With regards to bentuk sperms plak banyak abnormalities. Tapi Doc cakap could be improved by consuming hormones. Overall memang normal. So Doc advised suruh pegi jumpa the same gynea untuk dapatkan hormones supply tu. Doc cakap jangan risau. Patient dia yang ade just 6millions sperm pon bleh mengandung. Apa2 pon it can be improved. Alhamdulillah again.
So insya Allah Isnin ni kami jumpa Dr Adilah lagi. Semoga urusan kami dipermudahkan. Doakan yang terbaik untuk kami berdua ok!
3 comments:
Jee, betul tu, Allah can do anything. Bila kita diuji sebegini, Allah benar2 nak uji keyakinan kita padaNya. Teruskan usaha, yakin pada Nya, InshaAllah Dia akan tunjuk jalan penyelesaian. Keep on thinking positive :-)
Salam Jee..inshaAllah, yakin pada kekuasaanNya....
Jip,
I baca sambil sengih2 post u ni. hehehe. good luck deh. caiyyok! jangan putus asa.
Post a Comment