16 December 2012

Hari Ini Hari Ahad

Ahad yang kosong. 

Pagi tadi pagi2 lagi Kak Long sekeluarga balik KB, after 3 days staying at my house. Then, sambung tido balik. Buruk perangai kan? Then bangun terasa nak makan lempeng. Amik gandum, telur & air kemudian blend. Maka sarapan bersama lempeng dan susu manis gaya orang kampung. haha

Hari ni memang hari malas sedunia. Malas nak keluar. Nanti duit keluar macam air. Di saat sesak macam ni baik guna je apa yang ada dalam peti ais untuk memasak. Lunch Hubster nak makan telur kicap tumis kegemaran. Campak2 aje siap! Pukul 3 beliau keluar beriadah, main badminton. Rutin mingguan. Tinggalah saya terkebil2 sorg2. Tengok TV cite sume tak best. 

Semalam bendera merah datang menyapa. Datang awal daripada jangkaan. Terus kecewa. Tiada rezeki bulan ni. Hubster cakap takpe cuba lagi. Insya Allah kalau ade rezeki tak ke mana. Betul cakap Hubster. Akan cuba lagi sampai berjaya!

Duduk pandang keliling ruang tamu. Masih kosong. Perlu sedikit touch up. Insya Allah perabot baru akan di beli tak lama lagi bila BONUS datang menyapa.hehe


BONUS tahun ni tak tahu lah byk ke sikit tapi tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi. Appraisal juga syukur alhamdulillah. Melebihi apa yang dijangkakan. Terima kasih Ya Allah untuk segalanya.

Apa yang nak dibeli dengan bonus tahun ini? Hmmm...mungkin most of it digunakan beli sesuatu untuk rumah. Chest of drawer untuk bilik tidur, lampu, meja makan dan meja hiasan untuk diletakkan di ruang tamu. 

Tapi mesti juga reward diri sendiri setelah penat membanting tulang. The top of my wish list will forever be this:

1. Kitchen Aid Mixer (Grape)

2. Candy Bag 




Malam ni terasa nak makan mee goreng. Tengok dalam peti ais ada sotong. Jom lah ke dapur!

Papai!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...