Daisypath Anniversary tickers

28 November 2012

Kasih Papa Tiada Penghujung

25 November 2012. Genap 1 tahun Papa pergi tinggalkan kami sekeluarga mengadap Sang Pencipta. Rasa seperti baru semalam Papa pergi. Ini bermaksud sudah 365 hari. Suatu waktu yang cukup panjang.

Walau Papa tiada, memori beliau tetap utuh bertakhta di dalam fikiran kami sekeluarga. Tiada siapa dapat menggantikan beliau, our greatest hero. Terlalu singkat Allah berikan masa pada saya untuk bersama Papa. Hanya selama 27 tahun. 

Papa adalah seorg yang sangat penyayang, terlalu memanjakan kami adik beradik, especially me. Being the youngest, Papa selalu memberikan apa yang sy mahu. Kehidupan kami sekeluarga tidak senang dan tidak susah tetapi Papa telah menjadikan ianya satu kisah kehidupan yang amat manis untuk kami kenang. Teringat ms zaman sekolah, saya tidak pernah berpeluang untuk menyertai school's play sebab kena bayar harga kostum. Hanya RM10 diperlukan tetapi Papa tidak suka membazir ke arah itu. Bagi Papa RM10 waktu itu adalah satu jumlah yang agak besar, boleh digunakan untuk membeli lauk harian sebagai makanan sekeluarga. Kalau saya mahu beli buku atau makanan, Papa akan segera memberi. Papa mahu kami semua berjaya dan mengubah kehidupan kami sekeluarga. Papa cakap, belajar rajin2 sampai ke universiti, nanti boleh beli rumah cantik dan pakai kereta besar. Kalau dah berjaya, ada duit nanti boleh beli apa sahaja yang yang saya mahu. Alhamdulillah, Papa sempat lihat kami adik beradik berjaya tetapi Papa tidak sempat lihat rumah baru saya, yang dibeli hasil titik peluh sendiri. 

Papa ternyata seorang ayah yang sangat penyabar. He is indeed one of a kind. Tidak pernah sekali Papa 'naik tangan' pada kami adik beradik perempuan. He taught us well,  I suppose. Alhamdulillah, saya syukur sebab Papa gave us pendidikan agama yang cukup. For some areas which I dun really sure, Papa would always be the point of reference. Dua tahun lepas, Papa sendiri telah menikahkan saya tetapi saya tidak tahu bahawa tahun berikutnya dia akan pergi buat selamanya. Syukur juga dikurniakan suami yang begitu menyayangi, sehebat kasih sayang Papa pada saya. 

Terlalu banyak cerita untuk dikongsi tentang Papa. Tulisan berkajang2 pon belum tentu memadai. Cukuplah sekadar berkongsi cerita untuk dikenang bersama, selamanya.

Dear Papa, you are my greatest hero. The only one who never looked down on me, giving and showering me with your endless love. I love you so much and I won't stop missing you forever. Semoga Papa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Till we meet again in Jannah, Pa. Insya Allah.




1 comment:

dyanayusuf said...

terharu baca post ni. byk2kan bersabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...