Semenjak lepas raya ni, aktiviti pergi gym makin menjadi-jadi. Iyalah, kemain turunkan berat badan ketika puasa tapi bila time raya dia cover balik jumlah berat yang dah hilang tu. Jadinya berat sebelum selepas sama je takde beza.
Memandangkan Hubster juga sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan, saya juga tidak mahu kalah. Digagahkan jua kaki yang berat melangkah ke gym. Walaupon perit terpaksa! Huwaaaaaa...
Tapi nasib baik ade geng. Kalau nak harapkan seorang diri memang tak terpegi lah.
To-date I've lost around 6kgs, 2 weeks of continuous running, cycling and cross-training. Alhamdulillah. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan, no supplementary pills or slimming drinks. Just exercise and working out.
Hari ini tetiba ada beberapa orang tegur yang saya sudah slim. Yang kelakarnya, siap picit lemak di perut dan pinggang untuk tengok sama ada saya pakai korset ke tidak. Oh nooooo! Sudah lama macam tak pakai benda tu. Pakai pon jarang-jarang. Sorry, ayat memang tak leh blah. Kononnya mengurus secara natural. haha. sila lempang laju-laju. Saya tak kisah. Ahaks!
Sebelum ni, ada jugak join kelas zumba. Masa tu 4x kelas hanya dicharge RM60 sebulan tetapi kini oleh kerana ramai join, instructor telah up kan harga jadi RM130 hanya untuk 2 kelas sahaja. Memang tak patut! Terus ku buang diri daripada kelas itewww.
Semalam, Hubster kasik surprise gift. Dia belikan DVD PS3 Zumba Fitness! Waaah... mak suka hokayyy! boleh lah berzumba riang di rumah tanpa sebarang bayaran. Terima kasih sayangku!
OKlah...tu jewww nak cite. I am happy with my weight loss development. Hope to loose more. Insya Allah.
May the force be with me. Chaiyoooookkkk!
Sebelum pegi gym, harus bergaya di depan cermin. Konon nak ada gambar sebelum & selepas. Haha |
DVD Zumba Hubster kasik. Besttttt! |
Ini gambar raya department. Sengaja amik angle tepi supaya nmpk kurus. Nampak budak comel ni? Beliau lah Maryam Mahfuza, pemilik belog ini. |
Oh ini gambar tiada kaitan. Ramai bertanya macam mana mau dapat flawless skin??? Will share the secret ingredients laterrr! |
Toodles!
Nota kaki : Hari ini bos saya dapat baby baru. Tumpang gembira dengan kehadiran si kecil comel Eizat. Tahniah En.R dan Pn. L!