Last weekend ade small reunion MRSM QBER. Itu nama glamer. Nama panjang adalah MRSM Kuala Berang. Kali ini giliran rumah Danee,my bestie di Sri Lojing,Wangsa Maju. Giliran rumah saya? Entah bila. Sbb rumah baru tak tau lagi bila dapat kunci. sobsobsob
Apa pun, last weekend hati sgt girang kerna jumpa sahabat lama. Antara yang hadir ialah Pieyja (tukang masak of the day) dan che Abe, Anis (penolong tukang masak), Kak Dyqq (tukang basuh pinggan), Nonie (tukang atur meja), Azhar Saffuan (penyakat tegar), Nije (beliau adalah seorang pemandu kapal terbang) dan saya suami isteri. Main dish Pieyja yang masak. Banyak lauk tp lupa nak snap. Ada ikan siakap stim, tomyam putih, paprik ayam dan udang goreng tepung. Saya hanya bawa dessert. Kek Batik dan juga Oreo Cheesecake. Keduanya juga saya lupa untuk ambil gambar. Piey-Ja ada bawa dessert, apam cornetto with chocolate ganache yang sgt sedap. Jangan tanya mana gambar sbb sy juga lupa nak snap..hahaha *sila bagi penampar kapit*
Zaman sekolah paling seronok. Kami berkongsi banyak suka duka bersama-sama. Paling best, si Pieyja banyak simpan cerita. Her memory capacity macam hard disc dengan storage sebesar 2 Terabyte. haha. Pieyja sila jangan marah. Banyak sesi refresh memories. Tak caya tengok saja gambar di bawah. Lagak serupa geng Mak Jemah bergosip.
|
Ada Nonie, Anis, Pieyja & tuan rumah, Danee (sila ikut clockwise) |
Sepanjang di rumah Danee, tak kering gusi bergelak ketawa. Terutamanya ketika mengenang zaman persekolahan kami. Paling banyak contribute cerita sapa lagi kalau bukan si Pieyja. Tukang menyakat of the day tak lain tak bukan, Encik Azhar Saffuan atau nama timangan zaman sekolah beliau iaitu ZEM. Ada kisah di sebalik nama itu tapi aku tak penah tau. Danee dengan usaha yang jitu masih berusaha untuk decipher apa maksud di sebalik abjad-abjad Z.E.M. Teruskan usaha wahai sayangku Danee :) Sesi kali ini tanpa Bestie tersayang,
Mimiey yang berada nun jauh di UK menimba ilmu. Juga ketiadaan Tommy Nadia yang berada di luar kawasan. Sesi berikutnya pada June di rumah
Huda yang cantik mantik itu. Tidak sabar. Mau buat dessert lain pulak :)
Selesai makan, gosip, mengutuk dan mengata, makanya haruslah ade gambar sebagai kenangan.
|
Kawan-kawan yang amat saya sayangi :) |
|
Hanya dua kawan lelaki yang hadir. Kiri itu NIJE dan kanan itu ZEM. |
|
Ini tuan rumah |
|
Itu ZEM menumpang kasih pada Encik Suami sbb isteri beliau masih di kampung berpantang :) |
|
Harus juga melakukan sesi enterprem. |
Terima kasih untuk host untuk hari itu, Puan Edani dan Encik Amir for such a kind hospitality dan rumah yang sgt cantik. Selesai sesi makan-makan di rumah Danee, kami berdua memecut ke IKEA jumpa keluarga mentua. Tapi sebelum tu harus juga pukul gambar untuk kenangan bersama dan memenuhkan memory iphone saya. Hiks...
|
Theme hari itu adalah biru dan pink fuchsia..pilihan saya :) |
Esok kena jumpa Boss segala Boss. Hati gundah dan risau. Makanya saya berundur dulu. Good nite!