Daisypath Anniversary tickers

06 June 2012

We Are 2 Years!


Tarikh 4 Jun adalah sangat bermakna bagi saya dan Hubster sebab itu adalah kami dapat pangkat baru. Bukan pangkat yang dapat kenaikan gaji ribu riban tetapi dapat pangkat sebagai SUAMI ISTERI. Atau dengan kata mudah, hari nikah kami. Sekejap je dah 2 tahun, rasa macam baru semalam kawen. Sepanjang 2 tahun bersama banyak pahit getir, jerih perih kami lalui bersama. Gaduh, belasah sambil tumbuk menumbuk itu biasa. OK itu sangat over. Tapi hakikatnya segalanya adalah asam garam berumah tangga. Diri sangat untung sebab dapat suami yang sgt memahami dan suka memanjakan. Saya tahu suami saya tak handsome tapi yang saya tahu hati dia sangat handsome. Suami saya seorang yang panas baran tetapi amat mudah tersentuh bila lihat saya menangis. Siapa tahu dalam hati beliau ada taman permainan bunga :)

Sepanjang 730 hari hidup bersama (gigih tak saya kira hari??), tinggal sebumbung, kerja di organisasi yang sama, banyak perkara yang telah kami kongsi bersama. Paling saya suka, setiap malam mesti ade pillow talk. Sesi luahan perasaan. Gaduh, merajuk kemudian berbaik kembali adalah perkara biasa. Hubster begitu sabar melayan kerenah saya yang kadangkala menjengkelkan ini. Ya, itu kenyataan dan memang tidak dapat disangkal lagi. 

Bercerita mengenai tarikh 4 Jun iaitu Anniversary kami, Hubster sudah awal bagitau tiada big celebration. Mahu sambut tatkala percutian kami nanti. Di mana? Biarlah rahsia. Sampai masa akan saya blog ia di sini. Tahun ini juga tiada hadiah istimewa dari Hubster. Itu saya akur kerana saya tau Hubster sudah habis ribuan ringgit bayar deposit pondok buruk rumah baru kami nanti. Saya tidak mengharap sebarang hadiah, hanya mahu disayangi dan dicintai Hubster sehingga hujung nyawa. But Hubster is being Hubster. Mungkin dia tau naluri wanita pasti ingin sesuatu. Sudahnya, janji mahu beli Kitchen Aid tetapi terpaksa delay. And so I said OK! Sanggup tunggu kerana terlalu mahukan KA. Jangan tak tahu, baking list mmg berjela, tunggu masa sahaja untuk direalisasikan :)

Hari yang ditunggu tiba jua. Pagi2 Hubster sudah bangun dan ucap "Happy Anniversary, Sayang" sambil memeluk erat dan cium kedua2 belah pipi (tempat lain usah tanya nanti blog jadi x-rated. hehe). Bukan mahu membuat anda semua jealous tetapi mahu anda semua tahu bahawa suami saya seorang yang penyayang dan romantik. Setiap hari tidak pernah jemu cakap "I love U". 

Lepas waktu kerja, Hubster jemput macam biasa. Dalam perjalanan, Hubster cakap mahu belanja makan sempena Anniversary. Yes, saya suka. Terus discuss mana nak pegi. Bincang punya bincang terus dapat idea mahu ke Alexis. Niat di hati hanya mahu makan Pavlova tetapi alang2 sampai, makan sana terus. Tengok menu dan harga memang meruntun jiwa. Tetapi Hubster cakap usah risau harga, pesan sahaja. Maka terus lah saya mempraktikkan teknik scanning yang dipelajari di course speed reading dahulu. So I decided to order Quiche sebab teringatkan quiche Delicious yang sedap dan gemuk itu. Hubster pula order Chicken something2. Nama pelik, so mudah lupa. The ambiance at Alexis is cozy and the decor is so nice. Tempat agak privasi, amat sesuai untuk duduk bersantai sambil sesi luahan hati ke hati.heehe. Service that nite was ok. Hanya 15 minit sahaja perlu menunggu sehingga makanan tiba.

Sampai hidangan, saya agak tergamam. Melihatkan quiche hanya sebesar tudung tupperware bulat dengan ketinggian hanya setengah ruas jari. Selebihnya adalah salad hijau dan cherry tomato. The pastry agak sedap cuma saya kurang suka filling yang sikit dan dipenuhi dengan caramelized onion yang masam. Ternyata bukan taste saya. Begitu juga Hubster's meal. Ayam yang dipesan bak ayam chicken chop tanpa gravy yang dihidang bersama salad avocado. A totally off meal for both of us. The only thing yang kami suka hanyalah pavlova. Sangat sedap. Tapi Hubster cakap pavlova air tangan saya lagi sedap. hehe. So overall, Alexis memang out of our list. 

Sekian sahaja cerita sambutan ulangtahun perkahwinan kami. Harap perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah SWT sehingga ke akhir nanti. Insya Allah. Oklah, rasa macam dah melalut panjang lebar, so jom enjoy gambar makan-makan di Alexis :)



Hubster's Chocolate Milkshake
Mine : Cranberry-Raspberry Soda
Quiche yang dimaksudkan
Chicken something2
Senyum sebelum hidangan sampai
Makan sambil membebel
Pavlova yang maha sedap! oh teringat!

Muka tak sabar :) *peace*
Ini suami kecintaan saya :)
Kami sudah 2 tahun yeay!

2 comments:

Unknown said...

tahniah jip... so happy to see u happy. :) teringat kisah si dia dulu yang kejam. jip buleh buat drama kot pasal jantan kabaret hina keji tu. hehehe...

Jee Abdullah said...

thanks mommy LH... yes, itu kisah lama. mals nk kenang nnt buat sakit hati ajer. ape yg pntg skrg i hidup bahagia & dpt hubby yg sgt penyayang :) happy anniversary to us!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...