Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label raya 2013. Show all posts
Showing posts with label raya 2013. Show all posts

16 October 2013

Aidiladha & Lapis Marie Cheese

Assalamualaikum

Masih mood raya kah? Tahun ni saya beraya di KL saja. Sendu je kan. First time beraya di rumah sendiri. Sembahyang raya di Masjid Batu Muda dekat ngan Taman Koperasi Polis.

Pagi raya juadah kami hanyalah Spaghetti Meatballs dan Murtabak Raja. Dessert plak saya buat Lapis Marie Cheese. First time try. Inspired by Kak Yani from The Kitchen Guardian. Resipi yang beliau share memang marbelesss. Sedap sangat. She's my favourite baker too!

Saya dah share gambar2 ni kat dalam Instagram. Sapa followers dia tau la. Ade ramai plak tanya resipi untuk Lapis Marie Cheese ni. OKlah. Meh sini nak share. Sharing is caring kan. Sedekah ilmu masak memasak pon dapat pahala. Hehe

Lapis Marie Cheese

Bahan-bahan

1 paket biskut Marie biasa
1 paket biskut Marie coklat
250g cream cheese
250g condensed milk
300ml whipping cream
Grated cheddar cheese (I skipped this part cos lupa beli)

Cara-cara

1. Beat cream cheese sampai dia jadi smooth.
2. Masukkan condensed milk dan keep on beating sampai sebati.
3. Pour whipping cream dan beat until combined.
4. Susun biskut Marie dan layerkan dengan adunan cream cheese, milk & whipped cream.
5. Next layer letak kepingan biskut Marie coklat dan diikuti dengan adunan cream cheese. Then begitulah seterusnya sehingga habis adunan cream cheese tadi.
6. Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan adunan cream cheese. Then amik crumble biskut Marie and tabur kat atas. Kalau ade grated cheese, sprinkle over the top.
7. Selesai hias, masukkan dalam peti ais for overnight.
8. Ready to serve! Selamat mencuba!




Senang aje resipi dia. Semua orang bleh cuba. Tak perlu bake pon. Hubster suka sangat. Kebetulan ade kawan beliau datang 3 orang. Saya hidangkan. Memang diorang pon suka makan. Next time boleh buat lagi.

Raya semalam diet kelaut. Harini baru kembali ke pangkal jalan. Kembali mengira kalori.

Oh ya, ni ha juadah saya masak semalam. Boleh la kan? Kami berdua je pon.

Next time bertiga pula! Insya Allah :)






02 September 2013

Of Open House & Sister-in-Law's Engagement

Hi lovelies,

I wish you Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Alhamdulillah untuk Malaysia yang masih aman (aman ke?) tanpa sebarang peperangan atau kekacauan.

Harini saya cuti. Yay!

So last weekend saya balik Penang (kampung Hubster) for SIL's engagement on the Saturday or Merdeka Day itself. Sampai sana dalam pukul 7am camtu sebab took off quite late from KL. The engagement was on the Saturday night and during the day my in-laws hosted a Raya open house for family and friends. 

Banyak betul makanan. Macam food fest pon ade. Not all was ordered. Some were cooked my MIL and elder SILs. MIL cooked gulai ayam for nasi dagang, kari daging for roti jala (Penangites called roti kirai) while SIL cooked ayam rendang. There's more! We had spaghetti bolognese by other SIL, mee rebus, satay with nasi impit and all its condiments and also nasi dagang. 

Banyak sangat makan sampai tak sempat nak rasa lapar. Haha. Most of the guests were my in-laws' friends. So tak kenal sangat. Aktiviti saya hanyalah bergambar dan look pretty (sila muntah please!). Just joking. Of course lah kerja saya seperti menantu kesayangan yang lain and that was replenishing the food! Saya tak perlu basuh pinggan (fuh, nasib baik!) sebab my FIL dah hired someone for that job.  Haruslah menarik nafas lega kalau tak, tak glam la yours truly. Hekhek.

Then that night after Isyak barulah start majlis pertunangan adik ipar saya. Adik perempuan Hubster yang bongsu. Alhamdulillah everything went so well and she's now officially engaged. I am so happy for her :) But I didn't have the chance to see acara sarung cincin because I'm stucked in the kitchen. Huhu.

Untuk malam, menu ada tambahan. Ada nasi daging, udang masak beriani, udang masak tiga rasa plus all the food we had for open house siang tadi. 

Tetamu VIP malam tu was Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (I), Datuk Haji Rashid who is my FIL's friend. I don't get it why everyone's was taking turn to take picture with him as if he is a celebrity. Maybe for orang Penang ye lah kot. I dunno. I had one picture, ramai2, tu pon ai is enterprem only! Hubster had one sbb they know each other. Family friend kan.

The rest of the night apa lagi, camwhore la ceritanya, with the props and everything.

Memang penat sangat. Masuk tido quite late sebab tolong kemas2 all the stuff. Maklumlah not all fully catered. So kami lah jadi macai.

But it was fun tho. The next big event will be next year March.

Emmm...gotta start cracking the head for the family's theme colour and what baju should I wear. Is it too early to plan? hehe

Whatevs!

Yours truly, pembuka entri :)

Me, SIL 3, SIL 2 and cousin

US :)

The food
There's more!
Mom-in-Law saya

Hantaran for Her
Hantaran for Him
By yours truly. Ultimate yumminess!
Engaged! Sweet couple, Azura & Bo


Goofing around :)
Congrats lil sista!
Us again :)
Hubster and VIP guest
Nampak tak kak ton enterprem??hehe

13 August 2013

Eid-ul Fitr - Day 2 & 3

Raya Day 2

Raya ke-2 open house rumah kak long di Kampung Kota. Tiap-tiap tahun mesti buat. Banyak makanan, ramai orang. Lupa nak snap gambar makanan sebab sibuk snap gambar sendiri. Vainpot sangat okeh! Open house started around 10.00am. So makan breakfast rumah kak long lah. Rumah mama tutup terus. Duduk bertabuh seharian rumah kak long.

Tengahari tu lari sekejap pegi aqiqah Syahmi Daniel, anak BFF saya, Wan Elhami (Mimiey aka Matey). Pergi saing dengan BFF lagi satu, Wan Edani. Kawan baik, nama pon dekat2. Walaupon saya tiada pangkal Wan tapi takdir saya berkahwin dengan orang yang ade pangkal nama WAN. Epic sangat kan? Surrounded with these WAN clans.

Duduk umah Mimiey tak lama. Sebab nak kejar solat Jumaat. Kami perempuan sembang biasalah mcm2 cerita, daripada baju, kasut, handbag, gossip sini sana. Geng lelaki jumpa tiada topic lain. Bola jugak jadi pilihan. Layankan aje. Usai sembang, minta diri. Hubster hantar saya balik ke rumah kak long, beliau ke masjid lah solat apa lagi.

Lepas Jumaat, orang sambung datang open house. Ramai yang amat. Nasib rumah besar dan luas. Pastu kawan-kawan kitorang datang jugak. Jaha Meli (nama glamour kampung beliau), Azie & lil princess Aisyah. Shidee dan Nana kawan Hubster masa Maxis dulu. Jaha kawan saya masa MRSM, then masuk UiTM berkawan baik sama Hubster. Sebab dialah saya dan Hubster bertemu. Ececececehhh. hehe. Lama jugak sembang. Macam2 cerita. Lagipon, macam dah lama tak jumpa dan borak. 

Open house habis dalam pukul 7.00pm. Penat gilak. Bukan penat ape. Penat buat-buat busy. Eheh.

Oh ye. Baju biru ni kurung cotton. Beli masa pegi Ho Chi Minh haritu. Beads penuh sampai perut panjang dia tapi takdelah saya tunjuk. Tudung haruslah labuhkan. hehe. Harga cuma RM55.00. Berbaloi-baloi.





Raya Day 3

Raya ke-3 cuma sempat visit 2 rumah je pagi tu. Tengahari sikit terus shoot ke Pasir Mas sebab sepupu nak nikah lepas Zohor. Cantik je beliau. Baju meletup. Pelamin plak so amazeballs! So cantik. Rasa macam nak kawen lagi skali. Pakej pelamin tu dia amik from Qaseh Inspire Bridal. 

Btw, again saya pakai baju beli dari Ho Chi Minh. Yang ni mahal sikit sebab ade patched lace. RM60.00. Murah la kan kalo nak banding beli kat sini. Haritu jalan2 sebelum raya, tengok harga sampai RM216.00. Nanti saya blogkan pasal Ho Chi Minh ni. Mana tau boleh jadi panduan future shoppers yang nak pegi sana.

Hmm... Bulan November ni mahu ke sana lagi. Tak sabarrrrr!!!

me & sister no.2
My niece no.2

Cousin, Atieah Ahmad
Lovebirds

Cantikkan pelamin ni??
The newlyweds :)
Pukul 11.00pm saya bertolak ke KL semula. sobsob. Time flew so fast. I wish could stay longer in KB. Tapi tulah. Sebab tahun saya ikut suami terpaksa bercuti awal dan korbankan cuti selepas. Kena jaga kedai la katakan. Tahun depan mesti qada' habis-habisan. 

MESTI!

12 August 2013

Eid-Ul Fitr 2013 - Day 1

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Hari ni raya ke-5. Saya sudahpun mula menuai. Tengok sekeliling office, lengang. Para bos masih lagi bercuti raya. Tinggallah macai ni untuk jaga kedai. Maklumlah, sebelum raya haritu dah bercuti awal daripada orang lain. Huhu

Raya tahun ni giliran saya beraya di Kota Bharu. Sampai umah Mama sehari sebelum raya (Rabu). Jumaat sebelum sehingga Selasa saya pulang ke Penang, jumpa keluarga mertua. Mertua saya keduanya orang Kelantan tapi berhijrah dan settled down di Penang. Hubster pula anak manja. Lagi2 bila beliau anak lelaki bongsu. Haruslah peluk cium mak dulu sebelum balik kampung bini. Hikhik!

Persiapan raya pretty much mama dah uruskan like tukar langsir, kemas rumah etc. Cuma lap2 cermin tu je maid kakak tolong buatkan a day before raya tu. Me and kakak tukang buat desserts lah ape lagi. Mom bahagian buat kuzi ayam & roti jala. Kakak made carrot cake. Hers is the best i tell u! I made chocolate cake, red velvet cupcakes and pavlova. Banyak la pulak desserts compared to main dish. 

Kuzi ayam with roti jala / roti memang hidangan wajib di pagi raya. Kalau takde rasa raya takde makna. Everyone loves mama's kuzi ayam. Pagi2 rumah mesti kena serbu for breakfast. Tak buat kuzi ayam nanti kena bebel dengan sedara. Diorang cakap sebab utama diorang looking forward is kuzi mama. Kembang semangkuk mama bila orang puji macam tu sekali. Hewhewhew.

Lepas makan, terus pegi lawat kubur arwah papa. Sedih sangat. Tahun ni tahun ke-2 tanpa arwah. Kalau arwah ade, pasti dia orang paling happy sebab semua anak balik berkumpul. Pasti riuh. 

Balik dari kubur, sesi bersalaman bermaafan dan bagi duit raya. Anak2 saudara happy, chesu lebur.hukhuk! Bila time salam ngan Hubster, terus kena sound, "harini minta maaf, esok buat lagi". Alah, macam tak biasa. Hehehe. 

Tengahari tu terus pegi Pasir Mas, kampung arwah Papa sebab sedara ramai kat sana. Lawatan muhibbah dari satu rumah ke satu rumah. Makanan masuk macam-macam sampai perut pon sendat. Nasib baik baju raya versi jubah dress / modern abaya. Coverlah sikit perut. Penat yang amat. Hampir maghrib baru gerak balik rumah.

Malam tu baking lagi. Kali ini red velvet aje untuk open house rumah Kak Long esoknya. Will blog about it later.

Till then, enjoy your Raya peeps. Looking forward to read about your raya story tooo!!




yours truly :)

salam lebaran from both of us xx
mama my everything :)
Anak2 sedara dah outgrown chesu. haih!
1st nephew, 2nd nice & 3rd nephew
Sorry banyak2 mom








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...