Jumaat saya ade lunch treat oleh our Director, Ms JB di Rakuzen, Publika. Mulanya agak skeptikal dengan makanan Jepun. Saya memang tidak suka sushi, apatah lagi makanan lain. Memandangkan ahli kumpulan secara berjemaah mahu ke sana maka saya juga terpaksa bersetuju.
Ms. JB adalah Director baru kami. Masih single. Seorang berdarah kacukan Melayu-Irish. Beliau seorang yang bubbly & berjiwa muda (not that I say she's old but she's still in her 30s). Ms. JB bukan seperti bos2 lain. Instead of having makan2 at office, beliau lebih suka membawa team2 beliau makan di luar untuk meraikan kejayaan bagi sesuatu. Baru2 ini, team kami mengadakan sebuah majlis dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan ianya was a success. Nyata, penat lelah terbalas. Jadi Ms. JB mahu maraikan lalu membawa kami makan ke Rakuzen.
Saya paling suka deko Rakuzen. Gabungan deko Jepun moden tetapi masih mengekalkan tradisi asal. Bab pemilihan menu diserahkan sepenuhnya pada Ms. JB dan Aireen, my teammate. Saya tidak kisah dan bersedia untuk mencuba. Tidak salah untuk mencuba. Baru boleh tahu ianya sedap atau tidak. Kebanyakan makanan yang dipesan ada pelbagai gabungan. Ada ayam, ikan salmon, maki unagi (belut), tempura, miso sup dan garlic fried rice. Seorang teammate hanya mahu makan udon tetapi at last, tidak habis kerana bukan taste beliau. Bagi saya sup itu agak berlainan rasanya tapi agak OK lah untuk ditelan. teehee. Kesian Kak Ros.
Sushi memang tiada dalam list makanan kami. Hanya ada unagi rolls yang dipanggil 'maki'. Kebanyakannya kami makan masakan jenis teriyaki dan tempura. Ternyata makanan yang terhidang memang sedap. Service memang tip top. Tak perlu menunggu lama untuk makan. Makanan yang dipesan pula cukup kenyang untuk dikongsi kami berenam.
|
Saya sangat suka pinggan ini |
|
Unagi rolls (makan belut u olls!) |
|
Mee Udon (tak ingat nama) |
|
Mixed Tempura (paling sedap!) |
|
Orange Juice pilihan saya |
|
Inilah Ms. JB (left) dan Aireen |
|
Garlic Fried Rice |
|
Salmon & Chicken Teriyaki |
Overall rating saya bagi 8/10. Saya rasa makanan Rakuzen memang terbaik! Sedap, lazat, enak sehingga menjilat chopstick! hehe. Jika sesiapa mau ke sana memang saya syorkan.
Hajat mahu juga merasa dessert tetapi disebabkan Ms. JB yang rushing, terpaksa lah batalkan niat di hati. Tetapi Ms. JB sungguh baik hati dengan belanja Wondermilk cupcake sorang satu. Arigato gozaimasu Ms. JB! Saya pilih red velvet. Emmmm...sedap!
Speechless... OK Bye!
No comments:
Post a Comment