Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label deco. Show all posts
Showing posts with label deco. Show all posts

23 July 2013

Syurga Kami

Ingat tak dulu saya pernah berkongsi gambah pindah rumah kat entri sini? Alhamdulillah dah nak masuk 10 bulan saya pindah rumah baru yang dibeli. Rumah sarang burung saya tu kecik aje. Hanya 892 sq feet. Masa beli harga RM245,000.00. Tapi sekarang rasa dah naik dalam RM330,000.00. Cepat betul naik harga hartanah.

Masa beli, owner dulu dah buat most of the renovations macam laminated flooring, cornice (siling kapur) dan kitchen cabinet. The reason why I wanted to buy the house because of the laminated flooring. The owner buat for the whole house except kitchen. I've always fond of flooring kayu sebab nampak eksklusif. Dengan harga belian pada masa itu, saya dah rasa murah. Lagipun beli second hand, bukan dengan developer. 

Masa masuk tu, berbulan jugaklah nak settle kemas barang2 yang banyak tu. Then beli barang sikit2. Perabot masa rumah lama masih elok so pakai je. Saya buat built-in wardrobe dalam master bedroom and built-in book shelf dalam bilik study Hubster. Katil dan cermin panjang beli dari Ikea. Tahun lepas pergi Perfect Living expo beli wallpaper nak buat feature wall ruang tamu dan master bedroom. Then saya cat dinding baru. Dulu dinding ruang tamu kaler pink. Agak euww colournya. So cat putih cos I like white nampak rumah cerah. Untuk bilik2 lain, saya guna bold colors. Baru nampak hip. Konon. Teeheee

Masih ade lagi benda yang belum settle sebenarnya. Lampu hallway dan lampu ruang tamu dah beli cuma tak pasang lagi. Custom mirror dpn meja makan pon belum tempah. Langsir pon sama. Pakai langsir ready made aje. Railing cantik tu dah pasang. Cuma dalam bilik study Hubster saya dah pasang roman blind.

Kitchen cabinet tu saya tak berkenan sebenarnya sebab simple sangat. Insya Allah kalau ade duit nak buat baru. By end year, azam saya nak betul2 completekan rumah kecik saya tu. Barulah best.

Walau kecik ianya cukup selesa buat kami berdua. Boleh dianggap syurga kami. Insya Allah kalau duit lebih masa hadapan, nak juga merasa beli rumah landed. Hanya mampu berdoa :)









01 June 2012

Jom Berangan

Haih...ape cer malam ni 2x angkat entry. Biasalah bila mood rajin datang menjengah. Saat ini En. Hubster tida di rumah. Keluar beriadah, main badminton. Suka betul main sukan itu. Layan kan saja. At least ade juga coretan di blog ini. Sambil menunggu En. Hubster balik, tetiba fikiran melayang dan almari minda ini mula terbuka untuk berangan. Ya. Berangan itu tak salah, malah ia free juga.

Perempuan memang typical. Cukup suka berangan. Especially bila duit dalam bank tak seberapa. Ini bukan Paris Hilton. Tak perlu berangan, petik jari saja sudah dapat apa yang dihajati. 

Sejak dua menjak ni, kami suami isteri sering berangan bersama-sama. Topic yang selalu keluar ialah tak lain tak bukan konsep untuk rumah baru kami yang kecil bak sarang burung itu. Saya dan Hubster punya kesukaan yang agak berlainan. Cuma satu sahaja kami sekepala, suka modern konsep. Tapi jika terlalu modern, kena lah upah ID ribuan ringgit tapi kami ni setakat kuli cabuk memang tidak mampu.

Ini kesukaan Hubster
Tapi saya suka kalau ade sedikit dash of colors. Contoh seperti gambar di bawah. Warna-warna kesukaan untuk dekorasi rumah semestinya ada unsur-unsur seperti Mint Green, Aqua / Turquoise, Hitam Merah atau Pastel Colors.




Bestnya berangan. Jom berangan sama-sama biar sampai bermimpi. Mengantuk suda. Nanti sambung berangan lagi. 

Semalam malam :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...