Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

01 August 2013

Perut Sendat Hati Gembira

Ini cerita malam semalam. Beriftar di Carnaval Churrascaria, a Brazilian BBQ buffet restaurant, Damansara. Semua hidangan pakai skewer. Macam-macam ada. Untuk salad, veges, soup and veges dia hidang macam buffet biasa so that you could go and take whenever you want. Macam daging, kambing, ayam semua tu nanti dia akan datang from one table to another, hiriskan untuk kita. Serious sedap sangat. Paling saya suka mestilah grilled meat dan garlic meat. Pemakan daging tegar, stok karnivor. Haha

Ini tahun ketiga beriftar di sini dengan ex-rakan serumah merangkap classmates masa UITM dulu. Semua pun lawyers. Ade keje AGC, firm and also in-house counsel. Pendek kata semua budak hingusan and malas gi kelas dulu dah berjaya lah semuanya. Termasuklah saya. Berjaya ke??

Lepas UITM, saya memang tak join service. Sebab terikat dek biasiswa the Bank. Most of these peeps join service so they diorang selalu jumpa each other. Kalau nak berkumpul begini, time Ramadhan ajelah. Ini memang our yearly get together. Setiap tahun pasti berkumpul. Dulu ade juga makan di restaurant lain tapi sejak 3 tahun lepas masing2 mmg kena makan kat Carnaval ni. Entah ape jampi org kedai tu pakai. Minta dijauhkan.

Setahun sekali ni ajelah masa untuk hapdate antara satu sama lain like who's getting slimmer, fatter, where to go for holidays, etc etc. Memang gelak sepanjang masa, reminiscing our good old days masa UITM law school dulu.

Dan aktiviti yang mesti ada is of course lah camwhoring!! Then lepas tangkap gambar masing2 whatsapp dalam group, takpon terus update FB or Instagram. Haha

Oklah, kalau sesapa berhajat nak ke Carnavale Churrascaria tu ni alamat dia. Per pax dalam RM67 camtu. Memang puas hati sampai perut pon naik sendat.hehe

Carnaval Churrascaria

77, Jalan SS22/19
Damansara Jaya 
47400 Petaling Jaya
Selangor
















17 February 2013

Omong Kosong

Helllowwwww (sila baca gaya Johan Raja Lawak)

Ape ke hal mula entry mahu berlawak? Mungkin sudah terbawa2 perangai sang suami. Hiks.

Weekend ni takde ape yang menarik. Macam kebiasaan. 

Hari Sabtu pergi The Curve, jumpa Hadi, Daniel dan keluarga beliau. Hadi & Daniel are Hubsters BFF since school. The three of them memang close but since Hubster & Daniel had been married, memang dah jarang nak lepak2 mcm time bujang dulu. Btw, Hadi masih single. Masih available. Anyone interested? Call me. Sayalah agent pencari jodoh. Haha

Kami makan di Tony Roma's. Saya dah lama mengidam nak makan Shrimp Scampi Pasta. Selalu ke TR memang tak penah order menu lain. Hanya Shrimp Scampi Pasta. Sebabnya? Hehe. Udang dia maha banyak and sgt fresh! Burrrrr! Nikmat tiada terhingga! 

Selesai makan, borak dan bergelak ketawa, terus naik atas tgk wayang. Tajuk cerita adalah Hantu Kak Limah 2: Usin, Mon & Jin Pakai Toncit. Verdict? Biasa2 aje. Takde la wow fantastic baby sgt pon. Kelakar hanyalah pada skrip yang terbiasa kita dgr ms Hantu Kak Limah 1 dulu. Pasrah je lah dengan RM27 yang telah dilabur pada operator wayang.

Kemudian kami ke Tesco sebelah The Curve tu. Beli barang dapur. Kakak and the kids tidur rumah saya for the night. Jadi mahu stock up dengan barang makan. Nanti lapar pulak anak2 buah kesayangan saya tu. Untuk makan malam saya masak spaghetti bolognese. Senang, ringkas dan mudah. Sebenarnya, malas nak masak beria. Hubster keluar beriadah (again) tapi saya dan kakak sibuk bercerita itu dan ini. Teruk kan? Padahal hari2 we both on whatsapp & phone calls. Best sebab kakak saya sgt memahami. Walau gap kami 8 tahun, tapi rasa macam sebaya aje. 

Harini, pepagi bangun dan buat chocolate dan sardine puff untuk breakfast. Kakak beli instant puff pastry dari Giant dan intinya masak sendiri. Sedapnyewww! Sekarang semua pon instant. Tak yah la susah payah nak sukat gandum, pastry dan uli bagai. Main tunjuk je. Haha

Kakak dah balik petang td. Tetiba rumah rasa sunyi. 

Esok plak nak kena hantar PRIME plan dan Individual Development Plan. Satu benda pon tak buat lagi. Pengarah suruh buat sebulan lepas tapi biasalah. Procrastination. Very sick!

Cukup lah 2 gambar penyeri entri kali ini. Gambar Instagram je pon. Haha


OOTD. Jegging makin mengketat. Oh No!

Ini rupa chocolate & sardine puff sebelum bakar. Gambar slps tak sempat nk snap
Till the next post. Bye.

24 December 2012

Celup dan Celup

Ni nak review psl celup dan celup atau bahasa omputihnya DIP N DIP. Restaurant ni letaknya kat Jalan Telawi 3, Bangsar. Depan Allianze Bank and very near to Bangsar Village. Now tempat ni memang famous, because it doesn't serve any main course food other than desserts. Yes, it's a dessert cafe and it serves fully chocolate-based desserts. For those of you who are chocolate lovers, this is the place to feast your chocolate cravings.

Price wise memang mahal sikit lah but according to Hubster, it's worth every penny! Duh! Being a chocolate lover himself, of course la dia suka. We went there last Friday after work. Janji dengan Ieka skali sebab dia penah pegi situ dulu so we might have a lil help from her to choose from the menu.

We ordered Brownies Chocolate Crepe, Triple Chocolate Crepe, Ice Blended Freezy and also Mallow Hot Chocolate. Seriously sinful and tersangat2 sedap! Nampak macam sikit je portion tapi time nak ngabihkan sepinggan tu memang menguji iman. Sampai satu tahap terasa kepala dah kembang and tak boleh masukkk!
Triple Chocolate Crepe (patut ade white chocolate on top tp they were out of stock)

Brownies Chocolate Crepe (brownies balut ngan crepe pastu simbah chocolate)

Ice Blended Freezy

Mallow Hot Chocolate
We spend time borak-borak sambil buat lawak bodoh memasing. Sambil-sambil tu camwhoring la ape lagi! Tu je lah ceritanya. So, sesapa yang teringin nak pegi Dip n Dip tu silalah berkunjung. Desserts dia memang terbaik dari ladang!

Menggila with Hubster

Camwhore dengan Mek Ieka Kassim

11 June 2012

Arigatoooo!

Jumaat saya ade lunch treat oleh our Director, Ms JB di Rakuzen, Publika. Mulanya agak skeptikal dengan makanan Jepun. Saya memang tidak suka sushi, apatah lagi makanan lain. Memandangkan ahli kumpulan secara berjemaah mahu ke sana maka saya juga terpaksa bersetuju. 

Ms. JB adalah Director baru kami. Masih single. Seorang berdarah kacukan Melayu-Irish. Beliau seorang yang bubbly & berjiwa muda (not that I say she's old but she's still in her 30s). Ms. JB bukan seperti bos2 lain. Instead of having makan2 at office, beliau lebih suka membawa team2 beliau makan di luar untuk meraikan kejayaan bagi sesuatu. Baru2 ini, team kami mengadakan sebuah majlis dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan ianya was a success. Nyata, penat lelah terbalas. Jadi Ms. JB mahu maraikan lalu membawa kami makan ke Rakuzen.

Saya paling suka deko Rakuzen. Gabungan deko Jepun moden tetapi masih mengekalkan tradisi asal. Bab pemilihan menu diserahkan sepenuhnya pada Ms. JB dan Aireen, my teammate. Saya tidak kisah dan bersedia untuk mencuba. Tidak salah untuk mencuba. Baru boleh tahu ianya sedap atau tidak. Kebanyakan makanan yang dipesan ada pelbagai gabungan. Ada ayam, ikan salmon, maki unagi (belut), tempura, miso sup dan garlic fried rice. Seorang teammate hanya mahu makan udon tetapi at last, tidak habis kerana bukan taste beliau. Bagi saya sup itu agak berlainan rasanya tapi agak OK lah untuk ditelan. teehee. Kesian Kak Ros. 

Sushi memang tiada dalam list makanan kami. Hanya ada unagi rolls yang dipanggil 'maki'. Kebanyakannya kami makan masakan jenis teriyaki dan tempura. Ternyata makanan yang terhidang memang sedap. Service memang tip top. Tak perlu menunggu lama untuk makan. Makanan yang dipesan pula cukup kenyang untuk dikongsi kami berenam. 







Saya sangat suka pinggan ini 
Unagi rolls (makan belut u olls!)
Mee Udon (tak ingat nama)
Mixed Tempura (paling sedap!)
Orange Juice pilihan saya
Inilah Ms. JB (left) dan Aireen 
Garlic Fried Rice
Salmon & Chicken Teriyaki
Overall rating saya bagi 8/10. Saya rasa makanan Rakuzen memang terbaik! Sedap, lazat, enak sehingga menjilat chopstick! hehe. Jika sesiapa mau ke sana memang saya syorkan. 

Hajat mahu juga merasa dessert tetapi disebabkan Ms. JB yang rushing, terpaksa lah batalkan niat di hati. Tetapi Ms. JB sungguh baik hati dengan belanja Wondermilk cupcake sorang satu. Arigato gozaimasu Ms. JB! Saya pilih red velvet. Emmmm...sedap! 

Speechless... OK Bye!


06 June 2012

We Are 2 Years!


Tarikh 4 Jun adalah sangat bermakna bagi saya dan Hubster sebab itu adalah kami dapat pangkat baru. Bukan pangkat yang dapat kenaikan gaji ribu riban tetapi dapat pangkat sebagai SUAMI ISTERI. Atau dengan kata mudah, hari nikah kami. Sekejap je dah 2 tahun, rasa macam baru semalam kawen. Sepanjang 2 tahun bersama banyak pahit getir, jerih perih kami lalui bersama. Gaduh, belasah sambil tumbuk menumbuk itu biasa. OK itu sangat over. Tapi hakikatnya segalanya adalah asam garam berumah tangga. Diri sangat untung sebab dapat suami yang sgt memahami dan suka memanjakan. Saya tahu suami saya tak handsome tapi yang saya tahu hati dia sangat handsome. Suami saya seorang yang panas baran tetapi amat mudah tersentuh bila lihat saya menangis. Siapa tahu dalam hati beliau ada taman permainan bunga :)

Sepanjang 730 hari hidup bersama (gigih tak saya kira hari??), tinggal sebumbung, kerja di organisasi yang sama, banyak perkara yang telah kami kongsi bersama. Paling saya suka, setiap malam mesti ade pillow talk. Sesi luahan perasaan. Gaduh, merajuk kemudian berbaik kembali adalah perkara biasa. Hubster begitu sabar melayan kerenah saya yang kadangkala menjengkelkan ini. Ya, itu kenyataan dan memang tidak dapat disangkal lagi. 

Bercerita mengenai tarikh 4 Jun iaitu Anniversary kami, Hubster sudah awal bagitau tiada big celebration. Mahu sambut tatkala percutian kami nanti. Di mana? Biarlah rahsia. Sampai masa akan saya blog ia di sini. Tahun ini juga tiada hadiah istimewa dari Hubster. Itu saya akur kerana saya tau Hubster sudah habis ribuan ringgit bayar deposit pondok buruk rumah baru kami nanti. Saya tidak mengharap sebarang hadiah, hanya mahu disayangi dan dicintai Hubster sehingga hujung nyawa. But Hubster is being Hubster. Mungkin dia tau naluri wanita pasti ingin sesuatu. Sudahnya, janji mahu beli Kitchen Aid tetapi terpaksa delay. And so I said OK! Sanggup tunggu kerana terlalu mahukan KA. Jangan tak tahu, baking list mmg berjela, tunggu masa sahaja untuk direalisasikan :)

Hari yang ditunggu tiba jua. Pagi2 Hubster sudah bangun dan ucap "Happy Anniversary, Sayang" sambil memeluk erat dan cium kedua2 belah pipi (tempat lain usah tanya nanti blog jadi x-rated. hehe). Bukan mahu membuat anda semua jealous tetapi mahu anda semua tahu bahawa suami saya seorang yang penyayang dan romantik. Setiap hari tidak pernah jemu cakap "I love U". 

Lepas waktu kerja, Hubster jemput macam biasa. Dalam perjalanan, Hubster cakap mahu belanja makan sempena Anniversary. Yes, saya suka. Terus discuss mana nak pegi. Bincang punya bincang terus dapat idea mahu ke Alexis. Niat di hati hanya mahu makan Pavlova tetapi alang2 sampai, makan sana terus. Tengok menu dan harga memang meruntun jiwa. Tetapi Hubster cakap usah risau harga, pesan sahaja. Maka terus lah saya mempraktikkan teknik scanning yang dipelajari di course speed reading dahulu. So I decided to order Quiche sebab teringatkan quiche Delicious yang sedap dan gemuk itu. Hubster pula order Chicken something2. Nama pelik, so mudah lupa. The ambiance at Alexis is cozy and the decor is so nice. Tempat agak privasi, amat sesuai untuk duduk bersantai sambil sesi luahan hati ke hati.heehe. Service that nite was ok. Hanya 15 minit sahaja perlu menunggu sehingga makanan tiba.

Sampai hidangan, saya agak tergamam. Melihatkan quiche hanya sebesar tudung tupperware bulat dengan ketinggian hanya setengah ruas jari. Selebihnya adalah salad hijau dan cherry tomato. The pastry agak sedap cuma saya kurang suka filling yang sikit dan dipenuhi dengan caramelized onion yang masam. Ternyata bukan taste saya. Begitu juga Hubster's meal. Ayam yang dipesan bak ayam chicken chop tanpa gravy yang dihidang bersama salad avocado. A totally off meal for both of us. The only thing yang kami suka hanyalah pavlova. Sangat sedap. Tapi Hubster cakap pavlova air tangan saya lagi sedap. hehe. So overall, Alexis memang out of our list. 

Sekian sahaja cerita sambutan ulangtahun perkahwinan kami. Harap perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah SWT sehingga ke akhir nanti. Insya Allah. Oklah, rasa macam dah melalut panjang lebar, so jom enjoy gambar makan-makan di Alexis :)



Hubster's Chocolate Milkshake
Mine : Cranberry-Raspberry Soda
Quiche yang dimaksudkan
Chicken something2
Senyum sebelum hidangan sampai
Makan sambil membebel
Pavlova yang maha sedap! oh teringat!

Muka tak sabar :) *peace*
Ini suami kecintaan saya :)
Kami sudah 2 tahun yeay!

06 January 2012

LautMakan = Seafood Spree!!!

Actually I've been meaning to post this entry since day 1 of the bonus payday hari tu but itu la kan...asyik busy membuang duit shopping je manjang, tambah lak gi jejak semua shopping complexes around KL ni... mana sempat der wa nak update belog kesayangan hamba nih. kuikuikui :)

Around 2 weeks ago (*small cough* payday ler...), my colleagues and I decided to treat ourselves to some descent dinner, just to reward the stomach after a year of hardwork. Lagaknya macam lah sepanjang tahun ni x penah makan sedap kan. haha. Btw, the place was suggested by Inche Shahrizan sbb dia mmg selalulah pegi melawat tempat tersebut. Ayat nak skema ajer.

The place is situated at the back of Royal Park Hotel. I don't really know what the name of the street there but the major landmark that I could see is the Times Square. Mula-mula sampai tu, Encik Husband macam doubtful of the place because kiri kanan tu bangunannya buruks-buruks belaka. Tambah pulak itu mcm tempat ca ya nun alif jer. Tapi layankan saje lah, nak melantak punya pasal kan?? Mmg lah terserlahnya dasar buruk lantak aku ni..kekekek. Tempat yang we all nak mkn tu rupanya gerai jer..alahhh, gerai ala2 food court tu. camtulah. Tempat tu agak kurang memberansangkan lah kalo tengok but there were many customers yang dok makan. Confirm mesti sedap punyerrrrrr!! Masuk2 jer aroma dah menusuk. Giler lapar sehhhh! 

Haritu we all bersembilan, plus 2 toddlers (Anak Shima & Kak Aga). We ordered udang masak halia, lala 3 rasa, ketam masam manis, kerang tak-tau-masak-ape-tapi-sedap, kailan ikan masin, nasi goreng & kuey tiow goreng. Memang TERRRRBAIKKK dowwhhh! Yummylicious scrumptiousness!

Udang Masak Halia. My favourite so far :)

Kak Aga & Shah with lil Airis together with part of the dishes
Ketam Sweet Sour. Ketam banyak isi!
Lala tu pon sodappp jang oi!
Everyone enjoyed the food and you can see that all gone in 1 second! hehehe... Takdelah, gurau aje.
Percaya atau tidak, memang leeee-chainnn!
Mausia kekenyangan tapi baby Airis maintain comel :)

Seriously I tell you, the place memang berbalo-baloi! quite affordable. Kitorang makan tu kena bayar dalam RM50 per head tapi kenyang yang amaaattt!!! Sampai diri ni dah tak larat nak angkat perut yang memang dah sedia bunc! ooops! hehehe. Insya Allah, ada masa nanti we'll pay a visit again to the place :)

Sebelum balik tu, haruslah tuan punya belog mengabdikan diri y'all!
(perut haruslah cover ngan beg!kakakaka)

Kenyang perut suke hati :) peace yo!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...