Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ramble mumble. Show all posts
Showing posts with label ramble mumble. Show all posts

21 February 2014

Begitu Begini

Assalamualaikum.
 
Pejam celik pejam celik rupanya dah 1 bulan blog ni ditinggalkan. *tiupblogbersawang* hehe. Tiap2 hari memang ade fikir nak type entry. Macam2 cerita nak diceritakan. Tapi biasalah. Sampai rumah je terus passed out.
 
I was too busy for the past 1 month. Everything was topsy turvy. Ingatkan awal tahun masih boleh buat kerja main-main. Sedih. At one point, I felt like quitting but hold back bila memikirkan ade lagi 2 tahun nak serve scholarship bond *kesat air mata*. I was on a project which I was being nominated along with a fellow colleague. Yes, at first memang teamwork but in the end it was a one man show. The boss will most likely refer any matters pertaining to the project to me. Just because I am a lawyer by qualification. Just becos I know how to read the law. It's not fair! In the end, it's just between me and him doing the work. I worked hard for it for 3 weeks in a row now, abandoning all other piling work on my desk.
 
Nasib baik ade helpful and understanding husband. He did the laundry, swept the floors and prepared his own food and even mine! Alhamdulillah syukur. Hopefully when February ended, my misery will also sweep away too. I could have my life back. Insya Allah.
 
Usaha TTC? Masih belum berusaha sepenuhnya. Tak boleh nak concentrate. More so when hari2 balik keje stress manjang. Macam mana nk berusaha? Haha. Insya Allah. When everything dah settle down and reda sikit keje, akan resume jumpa Doc Adilah and start treatment seterusnya.
 
Tu je lah nak cite. Luahan rasa di hari Jumaat.
 
Have a nice weekend my sayangs!
 

29 July 2013

Cerita Hari Minggu

Weekend lepas kakak ajak berbuka di rumah beliau. Lagipun kami berdua free. So zass terus ke Subang Bestari sana. Menu ala Barat gitu. Ada spaghetti bolognese, chicken chop with brown mushroom sauce dan potato salad. Kuih berbuka juga ala Barat. Ada Daim cake dan apple pie.

Berbuka like a king gitu. Sesudah buka perut kembung penuh air. Mana taknya haus yang amat. Bahang panas terik petang tu. Alhamdulillah sedap kakak masak. Mewarisi bakat daripada Mama. 

Saya memang suka berkunjung ke rumah kakak. Sebabnya ada budak kecik ni. Arman Adeel nama diberi. Anak buah saya ke-7. Comel bukan? Dah nak masuk 8 bulan raya nanti. Baru 2 minggu tak jumpa dia, dah tak berapa nak cam saya. Kakak cakap, dia dah start kenal orang. Payah betul nak senyum sekarang ni. Penat chesu jadi badut depan awak tau! 


Kalau ade yang follow Instagram saya, sabtu lepas saya ade berkongsi gambar bawah ni. Pakai tudung ala-ala fareeda. Mama belikan semasa trip ke Ho Chi Minh bulan Mei lalu. Supplier tu kata dia supply tudung ke fareeda tapi entah lah betul ke idok. Fareeda jual mahal weh. Ini sehelai dapat RM28 je. Berbaloi-baloi. Tapi sayang. Hakikatnya saya memang tidak ditakdirkan untuk kumpul tudung lapis-lapis ni. Saya letak caption ni "fareeda nyata tak seswaai dgn saya. so thinking of letting go dis piece. 1st time try & i don't like it. lgpon Hubster kata tak shariah compliant sbb singkat.haha." Ramai kawan komen tak sesuai. Nampak macam guru besar sekolah la itu la ini la. Kemain mengomen ye. Dan dan tak sesuai. Agaknya kalau saya letak caption "saya suka fareeda" then nanti ade la komen "Cantik. Sesuai sangat". Pfft. Whatevah.
Disebabkan komen-komen yang tak membina tu semua, maka hari Ahad keluar shopping saya kembali kepada fesyen tudung sedia kala. I am more of a shawl person. Tudung lilit2. Hubster kata saya ni hijabista sangat. Mentang-mentang tiap2 bulan subscribe magazine Hijabista. Hikhik. 

I'm wearing my favourite palazzo. Beli di butik Dang Anum, SACC Mall. Shawl cotton daripada L'adorn. Haruslah tutup dada. If not sure tak lepas punya. Hubster memang very particular tentang penutupan aurat. Insya Allah saya akan cuba untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

18 July 2013

Jangan Membazir

Bulan puasa ni nafsu makan memang macam gajah. Segala benda nak beli. Bersederhana sudahlah. Oops! pandai nasihat tapi diri sendiri yang terjebak. Hewhewhew

 Ini cerita buka hari Selasa lepas. Al-kisahnya saya sudah tempah set lauk dan kueh untuk berbuka daripada che dan. RM15 dapat sambal udang, ayam masak halia, pecal dan 4 kuih seri muka. Kalau ikutkan dah lebih dari cukup untuk kami berdua. Tapi biasalah kan, dah ade lauk gatal jugak pegi jenguk ke cafe. Sudahnya, lauk bertambah. Saya beli ayam masak hitam dan daging black pepper. Then Hubster plak call dia kata beli lauk jugak ayam varuval. Haaaa sudah. Banyaknya lauk walhal hanya makan berdua.

Itu hanya lauk pauk, belum masuk bab kuih muih. Dah ade seri muka, tambah lagi pengat pisang, muffin chocolate dan cempedak goreng. Ya saya tahu ini adalah nafsu semata sebab lepas buka masih ade banyak lauk yang terhidang. Sudahnya, saya pack dalam tupperware dan ke peti ais lah mereka. Sahur kemudian, panaskan dan masih sedap! Nasib baik habis masa sahur, kalau tak ke tong sampah la jawabnya. Haih.

Hubster pesan lepas ni tak payah nak membeli belah sangat. Cukup 1 atau 2 lauk sahaja. Panjang lebar la plak ceramah suami beta. Takpelah layan aje. Hehehe.

Harini insya Allah berbuka di luar bersama kawan-kawan Hubster. Cepatlah buka sebab tadi tak bangun sahur sebab masing-masing tutup alarm pukul 4.30am then tak dengar dah alarm seterusnya. Huhu.

Oklah bye for now :)

16 July 2013

Nafsu Nafsi

Puasa tahun ni kalo diizinkan mahu berbuka di rumah sahaja. Last year boleh dikatakan hampir setiap hari berbuka di luar bersama kawan-kawan. Kawan saya ramai, begitu juga kawan Hubster. Jadi kena la ikut giliran hari memasing. Penat makan, duit juga lebur. Pasrah.

Tahun ini Hubster kata tak mau selalu makan luar, tak perlu masak weekdays, hanya weekend sudah memadai. Walau rumah dekat sekentut dari tempat kerja, Hubster tak kisah jika lauk pauk berbuka adalah hasil belian semata. Nasib baik cafe di office ade jual lauk pauk. Tapau sajalah senang. Tapi memang adat bulan puasa, lauk pauk tu bukan semua sedap. Tengok jenis masakan. Kalau tak sedap, jadilah makanan tong sampah. Kan dah membazir tu. Ish ish ish.

Weekend lepas saya dan Hubster balik Penang jenguk MIL yang warded akibat high BP. Kesian beliau, dah la BP tinggi, pastu segala mak nenek la datang, kolestrol, kencing manis etc. Agaknya faktor usia. Nauzubillah. Minta dijauhkan. 

Weekend ni plak saya nak balik KB. Yeay! Sudah bagitau Mama list makanan favourite. List teratas haruslah ayam percik homemade. Bestnya. Tak sabar nak balik. Kecur pulak air liur time puasa gini.

Oklah. Takde modal dah.

Bye.

11 June 2013

Chit Chat

This morning's conversation with Hubster:

Me : Yang, today 2 people said i look like I've lost weight but I think I've gained so much more!
Hubster : haha. itu ilusi optic. syg maybe turun kat bahagian lain tapi makin naik kat perut *evil laugh*
Me : ok noted.

Moral down. Baru nak happy sbb ade org tegur dah turun berat badan :(

30 May 2012

Jengah Menjengah

waaahhh...rupanya dah dekat 2 bulan tak update blog ni. Kesian. Biasalah tuan punya blog busy manjang. Insya Allah will update soon. Stay tune! (macamlah ade peminat kan???)

13 February 2012

Malas Punya Pasal



Dah lama tak hapdate belog kesayangan hamba nih... There are soo many things nak citer tp dek kerana Encik Malas mula beraja so asyik tertangguh jer. Haih! Tak boleh jadi ni. Chaiyok!

Insya Allah will update new entries dalam masa terdekat ;)

19 December 2011

Sembang Pagi Isnin

Kebiasaannya kan, hari ni adalah hari Isnin berkaler biru atau bahasa omputihnya, Monday Blues y'all!! Tapi hari ni langsung xde unsur2 kebiruan...hehehe. Nak tau kenapa????



Betul ke nak tau ni???










Betul ni??? Serious???













Sebabnya adalaaaaahhhh.....jeng jeng jeng!!!
























Picture rembat dari belog ex-roomate ku Huda


Yeszaaa...It's Bonus Pay Dayyyy!!! Alhamdulillah...syukur ke atas nikmat yang diberikan olehNya. Even though takdelah byk mana, propa je lebih tapi syukurlah daripada takde langsung. Ye dok??

Sekarang ni, ahkak tgh gigih buat kira2 dalam buku ledger...(mcm le aku ni student account..haha). Sebelum joli sakan kenalah tolak segala utang dulu yer..hahaha. So tengahari ni ke SOGO lah akak kau ni.. sesaje jer nak melabur kt situ..pelaburan lumayan kah???? Ekau pikirlah sendiri!!!

p/s : curi2 time buat entry ni... padahal bos tengah dok menjerit2 soh submit pending work aku ni haaa....pffft!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...