Daisypath Anniversary tickers

03 August 2016

Aidilfitri 2016

As salam semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2016. Walaupon harini last day Syawal kan. Takpe asal boleh. LOL

Tengok blog ni pon nengok dah berhabuk. Maklumlah last update masa raya tahun lepas. A year ago!

Actually niat nak continue blogging tu ade tapi sekarang macam takde masa. So many things happened for the past 1 year. Good things, bad things.

Tahun lepas raya Cik Bunga baru 6 bulan kan. Masih lagi boleh duduk diam. Tahun ni raya memang ibu berkejar ke sana ke sini lah. LASAK ok anak iols. Mana taknya kan dah 18 bulan masa raya haritu.

Alhamdulillah tahun ni kami beraya di perantauan, belah Hubster. Penang. Pastu raya ke-3 baru balik KB. At least dapat la jugak merasa kuzi ayam Mama yang maha sedap tu.

Oklah. Itu je kot for now. Nanti kita try cuba sedaya upaya untuk kembali membebel di sini (ayat tu macam lah ramai followers kan. perasan keh!lol)

Nah kita belanja gambar raya tahun ni and gambar anak dara kita :)





13 August 2015

Inikan Raya

Assalamualaikum semua.

Masih lagi di bulan Syawal. Harap tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. maaf jika terkasar bahasa, terguris hati sesiapa yang pernah singgah ke blog ni.

Alhamdulillah tahun ini tahun ke-6 kami suami isteri beraya bersama. Lebih bermakna bila ada ahli baru menyerikan suasana. Sapa lagi kalau bukan si kenit Naura. Hehe. Raya haritu dia 6 bulan. Hari isnin haritu dia cukup 7 bulan. 

Raya kali ini #teamrayakampungsendiri. Saya beraya di Kota Bharu. Tersangat best baq angggg! Hehehe. Tapi yang tak best raya ke-3 dah gerak balik KL sebab Hubster kene keja (since baru je tukar keje kan).

Oklah tu je nak cite kali ni. :)

Again, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Salam #kosongkosong dari Jee, Shahril & Naura Safeeya






04 June 2015

Lesung Pipit

Lesung pipit. Dimple.

Pasti comel kalau seseorang memilikinya.

Masa pregnant selalu mintak supaya baby N ade lesung pipit sebab saya cukup berkenan pada sorang kawan yang ade lesung pipit both cheeks. And she's so pretty too.

Hubster pon ade lesung pipit. Both cheeks. Nampak bila dia senyum. Tapi mungkin faktor warna kulit, orang mungkin tak perasan. Ihiks.

Sebelum delivery, selalu cakap pada Hubster "bestnya kalo baby N ade lesung pipt. she would be so pretty!"

Alhamdulillah.

Tanpa saya sangka. Allah makbulkan permintaan saya.

N ade lesung pipit but sebelah je ketara and it's on her right cheek!

Pemanis katanya. Ibu love u nonetheless, N, be it with or without your lesung pipit!

:)





31 March 2015

The Beautiful Moment : My Labour Story

Assalamualaikum lovelies :)

Alhamdulillah harini anakanda tercinta #wannaurasafeeya sudah mencecah 81 hari. A very good girl she is. Semoga kekal menjadi anak yang baik sampai bila-bila. Inshaa Allah.

Cepat je rasa masa berlalu. Rasa macam baru semalam saya melahirkan beliau. Dan saat melahirkan itu akan jadi saat yang tak akan saya lupakan selamanya.

(Be prepared for a very long entry.hehe)

6 January 2015 (Selasa)

At first, I thot I would deliver at 38 weeks (in Dec) sbb baca byk pengalaman bersalin anak pertama awal 2 minggu. Waited and waited until new year still xde tanda nak bersalin. So macam biasa pegi appointment for 39 weeks with Dr.Idora on this date. Dalam hati hopefully this will be the last appointment sbb dah tak larat nak bawak perut yang maha besar. Dr.Idora scanned and baby's weight stood at 3.45kg. Since saya ada GDM (diabetes during pregnancy), Dr.Idora suggested for me to be induced as she was concerned the baby might grow bigger and I would hv difficulties to push later. Hubster was too excited, he said yes before me! Doc kata anytime but not beyond 40 weeks. So Hubster kata kalo boleh nak deliver on Thursday (8 Jan) for cuti purposes actually (cuti ehsan company bagi 2 days). And so, Doc suruh admit tomorrow. Oh my! berdebar tak ingat dunia time tu. Balik rumah packing apa yang patut. Hospital bag dah letak dalam kereta since 7 months lagi. Then Mama asked me what else I craved so that she can cook for me before the big day. Nervous punya pasal dah takde selera makan. Malam tu pulun makan sago gula melaka yang sejukkk. Dap dap!

39 weeks & swollen
7 January 2015 (Rabu)

Pagi sebelum ke hospital saya makan roti bakar sekeping, telur separuh masak 2 biji and segelas milo campur butter. Untuk tenaga sebab jap lagi dah kena induce. Sampai hospital lebih kurang pukul 8.00 pagi. Usai registration, masuk dok diam dalam bilik. Nurse datang pasang meter to check contraction and check apa yang patut. Then dalam pukul 10.00am camtu Dr.Idora dtg. Saya ingat induce terus pakai drip. Rupanya masuk ubat ikut bawah. Huwaaaaa! Rasa macam nak tampar orang je bila ubat tu masuk ke dalam. Bukan apa, dia sakit2 ngilu. Huhu. Lepas masuk ubat tu ade la rasa contraction sket2. Tak intense pon. Sakit2 manja gitew. Chewah. Petang tu Dr.Idora dtg lagi cek bukaan. Bukak 1 cm je. Doc suruh tunggu lagi esok. Malam tu bleh tido macam biasa sebab tak sakit sgt lagi. Amalan surah Maryam dan bacaan doa Nabi Yunus tak putus2 sepanjang berada di wad.

8 January 2015 (Khamis)

Pagi Dr.Idora datang and sekali lagi cek jalan. Baru bukak 2cm. Ade improvements sket kata Dr.Idora. So dia masukkan 2nd dose ubat and huwaaaa lagi sekali. Setiap kali Doc datang setiap kali tu dia cek jalan. Berair mata dek non. Huhu. Ptg dia dtg bukaan dalam 3cm. So dia kata macam tak sempat je nak deliver harini sebab jalan baru bukak sikit. Untuk sampai 10cm lambat kata dia. Lagi2 first baby. So, untuk cepatkan bukaan apa lagi, saya tawaf satu hospital. Doc ade cakap kalau tak tahan sakit bleh mintak pain killer. Malam tu things a bit different dah saya rasa sebab macam tak boleh tidur sbb sakit macam makin kerap. Saya requested for pain killer (pethidine) for me to sleep sbb takut tak cukup tenaga nak push nnt. Nurse kata kalau nk inject kena trus masuk labour room dah and kena stay sampai delivery. Lepas masuk labour room, nurse cek bukaan and 4cm je br bukak. sakit macam apa pon br 4cm??? So she injected the pain killer and i can sleep tho dpt rasa contractions makin lama makin kerap.

9 January 2015 (Jumaat)

Contractions seemed to get intense. Pagi Doc datang cek bukaan dah masuk 4-5cm. This time baru dia pasang drip. She said by midnite inshaa Allah fully opened. Haih. Nak tunggu midnite tu Allah saja yang tau. Mama and Mommy (MIL) ada with me all the time. Usap kepala, usap perut. Hubster tak putus2 bacakan saya Surah Maryam. Mama pesan jangan putus baca doa Nabi Yunus (La Ilahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzalimin) dan jangan lekang sebut Allah masa menahan contractions. Petang tu saya bagitau sakit sangat macam nak push. Nurse datang cek dia kata 5cm. I was like whattttt???? Bila Dr.Idora datang around 8-ish pm tu dia tanya saya taknak cuba epidural ke sbb bukaan saya lambat. I said NO. I wanna try the natural way. Dah tau dah what are the side effects so I better not taking any epis. Bila Doc cek bukaan rupanya dah 7cm. Doc kata nurse mesti salah estimate. She said patutla saya dah mula tak tahan sakit. So dia pecahkan air ketuban. I can feel macam lendir gitu dripping down under. Right after tu terus dapat rasakan contractions makin lama makin kerap. Doc cakap pakai gas kalau tak tahan sakit. Konon masa tu nak berlagak hero taknak guna bantuan gas but I surrendered. Sekarang baru saya tau macam mana sakit nak beranak yang sebenarnya. Patut la sebelum ni nurse cakap tu sakit main2 je. Belum nak beranak lagi.

Labour room & in pain
10 January 2015 (Saturday)

Seriously, the pain tu tak boleh nak diungkapkan dengan kata2. Rasa sakit memulas2 macam sembelit. Every contractions boleh rasa the baby was going down, mcm nak buang air besar mcm tu. Saya tak tahan saya ckp kt Mama saya nak push. Nurse datang lagi skali cek bukaan dah memang 10cm. Then dia call Dr.Idora. Alahai. Nak tggu Doc datang lamanya rasa. Saya cakap saya dah tak tahan betul so nurse silangkan kaki saya. Dalam 1/2 jam gitu barulah Doc sampai. Nurse tarik kaki saya and letak atas pedal untuk push. While Doc tgh bersiap pakai glove, mask etc, saya tanya "Dr, can i push now?" Dr.Idora cakap "jangan, nanti dulu". Kuasa Allah yang maha agung, bila datang contraction, baby meluncur keluar dengan sendiri tanpa saya push. Saya boleh nampak baby macam melayang keluar sekali dengan air ketuban. Dr.Idora tak sempat nak pakai apron plastik tu pon and nasib baik dia cekap sambut the baby. Alhamdulillah there she was. My baby. Born at 1.20am.

Fresh from the oven
Rasa macam mimpi je dah selamat bersalin. Since terlampau byk sgt sedut gas, rasa macam mamai je. Bila Doc letak the baby on my chest for the first time tu rasa macam high. Saya dgr Doc & nurses cakap congrats tp still mcm takleh register spa yang jadi sebenarnya. Effect gas tu. Dengan mata tak nampak lagi. Lepas dah siap Doc keluarkan uri & jahit tear, barulah saya macam sedar sket and Hubster letak the baby on my chest and baru nampak her clearly. Time tu saya rasa sebak sangat sampai saya menangis sebab bersyukur sgt dengan kurniaan Allah yang sgt2 indah buat kami sekeluarga.

Day 1 after shower

Terima kasih Allah untuk segalanya. Usaha dan doa kami selama ini Allah makbulkan jua. Akan kami jaga dan berikan kasih sayang sepenuhnya buat harta pinjaman Allah yang sementara ini.

Inshaa Allah :)

Juga saya doakan semoga rakan2 TTC yang masih berjuang supaya beroleh rezeki yang paling manis jua nanti. Jangan berhenti berharap. Sesungguhnya Allah mendengar dan maha mengetahui.

Day 80

Ibu & Naura


20 February 2015

Long Hiatus & A Baby

Assalamualaikum wbt everyone.

Syukur alhamdulillah I have safely delivered a beautiful baby girl on 10 January 2015 (1.20am) weigh at 3.07kg at Pantai Hospital Kuala Lumpur.

Alhamdulillah jugak sebab dah graduated pantang with flying colors.yeay to me!

Lama dah macam tak jenguk blog ni and jalan2 baca blog kwn2 lain. Inshaa Allah I will share about my birth story and tips in my next post ya.

So here the 2 pictures of my baby my princess,

Wan Naura Safeeya binti Wan Mohd Shahril :)






16 December 2014

Borderline Term

Assalamualaikum lovelies

I reached 36 weeks today. It's the borderline term, medically speaking.

Baby stood at 2.5 kg during 34 weeks check-up. Dr.Idora suruh be extra careful because she said baby may grow up to 3.5kg when due. Takut susah nak push kata beliau sebab taktau lagi saya ni spesis senang bersalin ke tak.

Betul jugak kata Dr.Idora tu. Tapi macam mana nak be careful? Jaga makan kah? Macam tak boleh je. Lambat makan sikit je badan dah menggigil mcm nak pengsan. Lagi2 bila si kecik kat dalam keep on kicking non-stop. Huhu

I think she doesn't have enough space inside already. Her movements had slowed down and even she moves, can see from outside the tummy. Her papa lah orang paling excited bila the baby dok gerak and kick. Ibunya pasrah je walau sometimes bila dia kick, it landed on the bladder. Erkkk!

At 36 weeks, I feel super tired and went to sleep at around 9-ish daily. Tido malam kadang tak nyenyak sebab backpain and sakit around Miss V. Huhu. I feel super heavy and Hubster always teased me for waddling like a penguin. Suka hati ye!

Next check-up on 27 Dec 2014, at 37 weeks & 4 days. Thot of asking early leave from Dr.Idora sebab memang tak larat sangat bawak perut & badan yang makin lama makin memberat.

Makin dekat makin la resah. Peluh sejuk. Takut pon ada. Nervous sebab taktau macam mana pengalaman bersalin saya nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya. Insya Allah :)


Meet my Baby N :)

20 November 2014

Nazar

Assalamualaikum lovelies :)

Tetiba macam teringat nak citer pasal nazar. 

Dulu masa sebelum pregnant, pernah saya keluarkan hasrat pada Hubster nak bagi anak yatim pulut kuning kalau Allah bagi saya rezeki anak. So, technically that hasrat constitutes nazar lah kan?

Lama dah saya buat nazar tu. Months and months before I was pregnant. Sampai dah lupa.

Satu hari tu while I was in the car with Hubster, Allah nak bagi saya petunjuk. Ada bas rumah anak-anak yatim kat sebelah kami. Terus saya teringat yang saya pernah bernazar nak bagi anak-anak yatim makan pulut kuning tu. Tak silap saya masa tu I was about 3-4 months pregnant. Punyalah pelupa.

Balik rumah terus call Mama bagitau pasal nazar saya. Mama cakap boleh je bagi kat anak yatim mana-mana pon and tak semestinya saya kena bagi sendiri. Asalkan bagi anak-anak yatim and tunaikan nazar saya tu.  Mula-mula saya nak buat sendiri kat KL ni tapi mcm taktau mcm mana nak proceed. So saya mintak tolong my eldest sister, Kak Long to arrange for packed pulut kuning. Nasib baik dia ramai contact kat KB sana. 

Alhamdulillah nazar saya tertunai jua. Mama and Kak Long tolong saya pergi distribute sendiri ke rumah anak-anak yatim. 

Rasa macam lega sangat lepas tunaikan nazar. Bayar hutang pon tak rasa lega macam ni. 

Maha Suci Allah bagi saya petunjuk haritu. Syukur Allah masih ingatkan saya. 

Harapan saya semoga perjalanan kandungan saya diredhai Allah dan dipermudahkan segalanya. Insya Allah.



30 October 2014

29 Weeks and Counting

Assalamualaikum semua.

*Tiup blog bersawang*

Wowww... the last blog entry i wrote was like 9 weeks ago! Shame shame. Orang nak ade blog, kita pon nak jugak tapi pemalas nak up entry. Bahaha

OKlah... my story takde benda lain nak cite. About my pregnancy journey je. Gigih kat instagram pon nak letak hashtag #jeespregnancyjourney. Bukan apa, esok2 senang nak trace balik mcm mana rupa time pregnant. Buat gambar sebelum selepas. Kot2 la lepas deliver nanti masih tersimpan extra berbelas2 kg tu. Uhuk!

Btw, I am at 29 weeks now and in my 3rd trimester. Whatttt???

Getting nervous and excited all at the same time. Alhamdulillah baby is doing fine and I am expecting a GIRL! Insya Allah.

Last check-up masa 27 weeks, lil bub weighs about 1.064kg, in line with her growth chart. Finally ibu & papa was able to see a glimpse of her features. Sebak tetiba. Subhanallah. I can finally see what's inside me. The miracle that Allah gave us after a long wait.

Lil bub at 27 weeks

As for me, I gained a whooping 12kgs now. Sob sob sob. My back is aching so badly. The face, hands and feet swollen 'beautifully". LOL. I have sleeping problems too but now no more since dah beli maternity pillow yang super best! Hubster panggil bantal ular sebab dia panjang berlingkar. Best gils tdo memalam. Nyenyak tdo tp mcm biasalah in between tu mesti nak ke toilet a few times. A price you have to pay to be to be a mommy but it's OK, I'm enjoying every tiny seconds of it :)

Tuan tanah 22 weeks vs 28 weeks

Within the past 9 weeks, I've been to Bali (delayed honeymoon dah jadik babymoon) and also Jakarta (mak buyung shopping tak hengat). I'll write about both holidays soon.

Bye for now. 

Muahhhh :)

31 August 2014

Ceritera 20 Weeks

Assalamualaikum lovelies :)

Apa khabar everyone? Missing me? *silamuntah* perasan walaupon takde ramai followers. lol

Alhamdulillah sekarang sudah 20 minggu atau boleh dikataan sudah menginjak ke bulan ke-5. Rasa macam baru je tau pregnant. Pejam celik pejam celik dah separuh jalan menuju ke 40 minggu. Mula rasa debaran. Uhuk!

OKlah nak cite pengalaman jumpa gynea bersalin. Masa last appointment with Dr. Adilah dah bagitau dia siap2 nak bersalin dgn Dr. Idora so she referred me terus ke klinik Dr. Idora. According to her I could set appointment in 4 to 5 weeks. So call lah gitu gini dapat appointment on 11 August 2014.

Nervous jgk nak jmpa Dr. Idora ni. Tanya kawan2 mmg semua kata Dr. Idora ni very nice gynea. Klinik beliau di floor yang sama dengan Dr. Adilah tapi ke dalam sikit. So hari appointment tu pukul 8.30am saya dah smp ke kaunter. Dr masuk pukul 10.00am. Kemain dtg awal sbb takut org ramai. Alhamdulillah dapat No.2. Just to alert, memang kena menunggu lama ye kawan2. Sebab tu sy tak kisah dtg awal sbb malas nk menunggu lama2. 

Haritu Dr masuk lambat gak dalam 10.30am gitu. Rezeki saya patient No.1 takde so saya la dapat masuk dulu. Dr. Idora is a very very nice lady. She speaks softly and bagi thorough explanation. She showed me every angle of the baby, measured all the bones, limbs and informed me that the baby grows proportionately according to his/her age i.e masa tu dalam 17-18 weeks.

Sebak sangat bila dapat tgk baby gerak2 bila Dr. moves the ultrasound device on my tummy. Hubster takde teman saya haritu sebab dia kena kerja, tak dapat elak. Kalau tak dia pon nanti mengalir air mata tgk. Mind u my husband has a soft heart. Hahaha

Saya tanya Dr. boleh tau gender ke tak? Dr kata too early to tell sub too small but she tried to find it anyhow. I can see the baby moved his/her legs when Dr. cuba kacau2 on the tummy. Pastu dia stop & still kepit both legs. Dr. laughed and said "your baby is so shy".

Hmmm...Takpelah. next check up kita cuba lagi ye sayang?

Before balik Dr. showed me the baby's growth chart and the measurement of every parts. He/she is just 158grams at that time. Too small and tiny!

I also got his/her 4D picture tapi facing down, showing his/her butt to ibu. Malu-malu kucing plak dia ye!



To-date, I've gained a whooping 5kgs! Thanks to the food cravings and munchings! My tummy is getting bigger too. Baru feeling preggy now. Syukur dengan kurniaan Allah ini. Thot I wld never have the chance to get pregnant and Allah finally granted me this greatest feeling on earth.

I am gonna be 21 weeks this coming Tuesday. I can feel butterflies in my stomach and rata2 my friends said it's the early sign of baby kicking. 

Blessed.

Syukur Alhamdulillah. Harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Insya Allah :)

Nota kaki : To all my TTC friends, I never stop praying for you guys, hoping to hear good news everyday. Remember, Allah is the best planner of all. Patience is what it takes. Love you all to the moon and back. *Hugs*


15 August 2014

Eid Mubarak 1435H

Assalamualaikum my lovely friends.

Still not to late to wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Maaf juga andai ade terkasar bahasa, terguris hati dan segala ter lah. Hehe.

Tahun ni saya raya di Penang dulu, belah Hubster. Kemudian balik ke KB raya ke-3. Balik ke KL semula hari Isnin raya ke-8 sebab nak elak jam punya pasal.

Tahun ni tema kami emerald green, pilihan Hubster terchenta. Layankan aje lah so beli baju melayu dan baju saya dari kain yang sama. Hubster kata color mesti satu tone and from the same kain, barulah sedondon namanya. Apa2 lah syg.

Tahun ni juga sudah tiada segala soalan-soalan cepumas yang menyakitkan hati jiwa raga seperti tahun2 lepas. Ditukar dgn soalan "dah berapa bulan?", "bila due?", "dah tau ke boy or girl?" etc.

Alhamdulillah untuk segalanya ya Allah. Tahun ni kami beraya berdua dan half baked in the oven :)

Tahun depan, insya Allah bertiga pula.

Semoga segalanya dipermudahkan. Insya Allah


11 July 2014

13 Weeks

Assalamualaikum.

I hope it's not too late to wish Salam Ramadhan Al-Mubarak. Sedar tak sedar harini dah masuk hari ke 13 kita semua umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Semoga Ramadhan kali ini kita semua dapat mempertingkatkan lagi ibadah kepadaNya. Insya Allah.

Praised to Allah too that this week my pregnancy has reached its 13th week and I am officially off the 1st trimester. Syukur Ya Allah. All the morning sickness has long gone, had it only for the first few weeks I knew I was pregnant. However, the craving is still ON as usual. I had cravings like laksa penang and most of the time I like to eat pasta! Before pregnant I'm not a big fan of pasta and surprisingly I am now!! Hehehehe :)

Last Wednesday (9 July 2014) was my last appointment with Dr. Adilah Ahmat. She took care of me for the last 7 weeks to ensure that my baby is ok. Biasa la kan. I am a PCOS patient so the risk of getting miscarriage is higher and maximum care is required masa 1st trimester. Syukur Alhamdulillah Allah made it easy for me and baby. 

Sedih sangat nak berpisah dengan Dr.Adilah. I have been with her since November 2012 ever since I started my fertility treatment. She's a doctor with full package; pretty, smart & nice, all grouped into one. Before the end of the consultation Dr. Adilah nasihat suruh breastfeed baby walau mcm manapun and she then terus refer me to Dr. Edora, whom I will see in 3 to 4 weeks time for my antenatal check-up and Insya Allah soon, deliver.

Sebelum keluar bilik doktor tu sempat amik gambar dulu buat kenang-kenangan dengan the pretty doctor.

Please excuse my super chubby look! lol

And the baby??? Yeah, he/she is super healthy! Loooookkk!!



Semoga perjalanan kandungan saya dipermudahkan Allah. Insya Allah :)

p/s : kepada kawan2 TTC, saya sentiasa doakan kalian akan dikurniakan zuriat juga suatu hari nanti. Have faith in Allah. He is indeed the best planner of all !!

04 June 2014

4 Wonderful Years

Alhamdulillah harini genap 4 tahun usia perkahwinan saya dan suami. 

Thank you for the wonderful adventure, Hubster. I hope to have many more years of great adventure ahead, joy, happiness and neverending life's good things. Thank you for patiently keeping up with my tantrums, whims and fancies. Even though, there be rough rides for us throughout the 4 years but I'm glad we've made it through.


Syukur juga di atas kurniaan Allah paling tidak ternilai pada kami berdua. Alhamdulillah I am now 2 months pregnant! Syukur syukur syukur yang tak terhingga. Akhirnya Allah makbulkan doa kami setelah 4 tahun menunggu dengan sabar. Allah Maha Besar, saya berjaya mengandung naturally. I have stopped treatment with Dr.Adilah snce October last year and in March I embarked on healthy diet and lifestyle which ended up me losing 8 kgs. In April I went to a homeopathy centre in Kelana Jaya (read about it from fellow blogger, Yannie of Idreamoflittlebunnies). Alhamdulillah on 27 May 2014, I was confirmed pregnant. I will share about that homeopathy centre in my next post ya!


Happy Anniversary, Hubster! I love you endlessly till Jannah :)

Doakan semoga Allah permudahkan segalanya untuk kami berdua dan semoga Baby saya sihat dan selamat dilahirkan kelak.

Insya Allah :)

22 May 2014

Sabah Trip 2014 : KK Town & Karambunai

Assalamualaikum lovelies,

It's been quite a while now since I last scribbled in this. Missing me? I bet NOT! 

I am still as malas as usual to write. Too many things to update but too lazy to do so. Laziness & me is not a new thing. A perfect combo I think! lol

I am in my Day 3 of my #90dayschallenge. Last time my diet went kaput cos too many cheating. Sangat tak berhemah tau. Went to Sabah and Langkawi. So hard to resist food when you went for vacay kan? Alasan sgt tau!

I'm gonna share with you about my trip to Sabah with my girls (Danee, Anis, Tommy and Kak Jah), celebrating Anis's last moment as a Bachelorette! She's getting hitched after Raya. Mind you that this is strictly-for-ladies trip. I got my permission to join the bandwagon so off we went for a 3-days-2-Nights trip.

Our flight was on 2 May 2014. Me and Danee were on the same flight while the rest flew with different airlines with different time. But our meeting point is the same. We boarded a car for 3 days (RM240). Our destinations would be Karambunai and Kundasang where we have made prior bookings for Nexus Karambunai and Kundasang Pine Resort.



I've always looked forward for this trip as we never had any trip as such together. We've been friends like 14 years now (since our MRSM days) and this trip will help to bring us together again like we used to during our teenage days. Now since that Danee and me are married, we barely see each other that often.

Our first pitstop before heading to Karambunai was of course Pasar Phillipines, where you can get all sort of souvenirs and dried seafood macam ikan bilis, udang kering etc. I bought some ikan bilis, udang kering and keropok amplang to bring home. Feeling mak2 sangat to buy those things. Hehe



Selesai urusan beli-belah so we headed to Nexus, Karambunai. I've been to Nexus once during my honeymoon trip back then in 2010. It took us nearly 1 hour to reach Karambunai from KK town. Thanks to Waze, it comes in handy.

The place was breathtaking. It was so serene that I feel like staying there forever. I booked 2 room (adjoined). Danee & me in 1 room while Anis, Tommy & Kak Jah in 1 room.







That night we went for dinner outside. Most reviews mentioned about Gayang Seafood. We wazed the place but got lost sampai area 1 Borneo. Then we tried again until we finally found it. Rupanya dekat je dengan our Hotel. The food was awesome. Orang memang super ramai and please expect delay. We ordered udang butter, steamed fish, chilli crab, kepah kam heong, sotong black pepper, garlic fried rice and 2 veges. Cost us nearly RM300 and we only pay like RM60 per head. Super cheap! I told them I wanna go again before we departed and all of them agreed! 



We checked out around 12.00pm and before we headed to Kundasang, we went to Borneo Spa for a 15-minute complimentary shoulder massage. The spa was amazingly beautiful and the massage was sangat sedap. Rugi tak register on the first day tu!






While waiting for the other girls to finish their turn, me & danee went to check-out and had a chance to snap around. So enjoy the pictures ok!









It's so sad to bid goodbye to Nexus Karambunai. Thank you for the great hospitality. I will surely come back!

Next entry nanti I will tell you about my trip to Rumah Terbalik, Desa Dairy Farm and our first experience witnessing Gunung Kinabalu live with our own eyes!

Tata!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...